Followers

Tuesday, January 31, 2012

Kereta Kucing

KERETA merupakan kenderaan yang menjadi keperluan pada masa kini, hari ini topik SC ada kena mengena dengan kereta yang merupakan aset yang terpenting buat mereka yang bernama manusia sejak akhir-akhir ini. Cuma hari ini SC memilih sebuah kereta yang begitu unik rekabentuknya.

Ternyata memang unik sekali gambar kereta yang ingin SC kongsikan kepada semua pada hari ini. Sesuailah dengan tajuk artikel SC hari ini yang berbunyi "Kereta Kucing" rekabentuk kereta yang SC maksudkan itu berbentuk seperti kucing.

Malang sekali SC tidak mendapat maklumat mengenai jenama, model dan tahun keluaran kereta tersebut kerana gambar tersebut SC dapat tanpa maklumat yang cukup diterangkan spesifikasinya secara detail . Namun tidak mengapa gambar yang ada ini sudah memadai untuk dikongsi dengan korang daripada tidak dikongsikan langsung. 

Cantik juga lah kereta ini sekali pandang, SC pun hairan macamana tuan punya kereta timbul idea nak ubahsuai keretanya sehinggakan menjadikan keretanya berbentuk seperti kucing. Entah berapa riban duit yang dihabiskan oleh tuan punya kereta untuk menghasilkan kereta bereka bentuk kucing. 

SC menjangkakan kos pengubahsuaian kereta tersebut mungkin sampai beriban-riban ringgit. Alah bagi mat-mat kereta ni bukanya sayang sangat duit riban-riban melayang apa yang penting biar hati mereka puas barulah terasa nikmatnya mempunyai sebuah kenderaan bernama kereta ini. 

Bagi tidak membuang masa tatapilah gambar Kereta Kucing sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah ini:

Kereta Kucing

SC: Korang nak ubahsuai kereta korang dalam rekabentuk apa pula?

No comments:

Post a Comment