Followers

Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Monday, October 5, 2015

Kereta Sewa Pandu Sendiri Seluruh Malaysia

HARI ini SC nak bersembang mengenai Kereta Sewa Pandu Sendiri. Perkhidmatan sewa kereta ini boleh dikatakan hampir ke seluruh Malaysia. Pada pengamatan SC sememangnya kadar sewa yang dikenakan oleh Green Matrix Car Rental ternyata berpatutan sesuai untuk kebanyakkan orang.

Jika anda memerlukan kereta jangan tunggu lama-lama gunakalah perkhidmatan yang disediakan oleh Green Matrix Car Rental. Anda ada urusan penting tapi kehabisan tiket bas? jadi sewa kereta adalah pilihan terbaik.

Kadar harga yang ditawarkan pada masa ini sememangnya berpatutan dan sesuai untuk semua jenis pendapatan pengguna. Perkhidmatan yang disediakan juga terbaik dan SC boleh katakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Matrix Car Rental ini bertaraf lima bintang.

Banyak model kereta yang ditawarkan untuk disewakan kepada semua pengguna yang memerlukan penggunaan kereta untuk urusan peribadi mahupun bisnes. Pelajar juga dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Matrix Car Rental ini.

Sunday, October 4, 2015

Proton 4x4 2016

HARI ini SC nak bercerita mengenai kereta. Oleh kerana kita berada di zaman kegawatan adalah lebih baik kita menumpukan kepada kereta buatan tempatan ataupun kereta nasional bagi mengelakkan pengaliran keluar wang kita ke luar negara. Oleh yang demikian belilah barangan buatan Malaysia.

Kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua Kereta Konsep Proton yang baru. Kereta yang dikategorikan sebagai pacuan 4 roda atau dalam Bahasa Inggerisnya "4 Wheel Drive" atau lebih dikenali dengan akronim 4X4 ataupun 4WD. 

Perlu diingatkan ketika artikel ini diterbitkan Proton 4X4 ini adalah masih lagi kereta konsep. Oleh kerana ianya kereta konsep tiada maklumat spesifikasi dibekalkan. Ia dijangka dilancarkan pada 2016. 

Ternyata reka bentuk Proton 4x4 ini sungguh hebat sehinggakan sesiapa sahaja teruja untuk memilikinya. Difahamkan Proton 4x4 dibuat menggunakan platform Exora. Masihkah anda semua ingat tak berapa lama dahulu Proton telah mengeluarkan Pikap dengan nama Proton Arena menggunakan platform Wira. Kali ini sekali lagi Proton membuat Inovasi apabila menggunkan Platform Proton Exora untuk menghasilkan Proton 4x4 ini. 

Tuesday, January 31, 2012

Kereta Kucing

KERETA merupakan kenderaan yang menjadi keperluan pada masa kini, hari ini topik SC ada kena mengena dengan kereta yang merupakan aset yang terpenting buat mereka yang bernama manusia sejak akhir-akhir ini. Cuma hari ini SC memilih sebuah kereta yang begitu unik rekabentuknya.

Ternyata memang unik sekali gambar kereta yang ingin SC kongsikan kepada semua pada hari ini. Sesuailah dengan tajuk artikel SC hari ini yang berbunyi "Kereta Kucing" rekabentuk kereta yang SC maksudkan itu berbentuk seperti kucing.

Malang sekali SC tidak mendapat maklumat mengenai jenama, model dan tahun keluaran kereta tersebut kerana gambar tersebut SC dapat tanpa maklumat yang cukup diterangkan spesifikasinya secara detail . Namun tidak mengapa gambar yang ada ini sudah memadai untuk dikongsi dengan korang daripada tidak dikongsikan langsung. 

Cantik juga lah kereta ini sekali pandang, SC pun hairan macamana tuan punya kereta timbul idea nak ubahsuai keretanya sehinggakan menjadikan keretanya berbentuk seperti kucing. Entah berapa riban duit yang dihabiskan oleh tuan punya kereta untuk menghasilkan kereta bereka bentuk kucing. 

SC menjangkakan kos pengubahsuaian kereta tersebut mungkin sampai beriban-riban ringgit. Alah bagi mat-mat kereta ni bukanya sayang sangat duit riban-riban melayang apa yang penting biar hati mereka puas barulah terasa nikmatnya mempunyai sebuah kenderaan bernama kereta ini. 

Bagi tidak membuang masa tatapilah gambar Kereta Kucing sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah ini:

Kereta Kucing

SC: Korang nak ubahsuai kereta korang dalam rekabentuk apa pula?

Saturday, September 17, 2011

Perodua MyVi 1.5 Extreme


PEMINAT kereta biasanya sering berbual mengenai kereta oleh yang demikian hari ini SC memilih untuk berkongsi maklumat dengan korang semua mengenai sebuah kereta buatan Malaysia yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Kereta tersebut dikeluarkan oleh Perodua dan dinamakan Perodua MyVi 1.5 Extreme.

Setakat ini Perdoua MyVi 1.5 Extreme sememangnya ekstrem. Ia kelihatan begitu garang sekali dan sesuai untuk mereka-mereka yang berjiwa muda walaupun pada dasarnya mereka telah pun tua.

Terdapat dua variasi Perodua MyVi 1.5 Extreme iaitu:

Perodua MyVi 1.5 Extreme dengan transmisi manual
Perodua MyVi 1.5 Extreme dengan Transmisi Automatik

Perodua MyVi 1.5 Extreme didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu:

Solid Majestic Yellow
Solid Ivory White
Mettalic Ebony Black

Harga Pasaran MyVi 1.5 Extreme

Perodua MyVi 1.5 Extreme Manual (Solid) RM 58, 200
Perodua MyVi 1.5 Extreme Manual (Mettalic) RM 58, 700
Perodua MyVi 1.5 Extreme Automatic (Solid) RM 61, 200
Perodua MyVi 1.5 Extreme Automatic (Mettalic) RM 61, 700

Video Perodua MyVi 1.5 Extreme Video:

SC: Wah memang mengancam MyVi baru ni....

Tuesday, July 19, 2011

Proton Inspira

HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia sekalian berkenaan dengan sebuah kereta keluaran Proton yang kini sudah menjadi kegilaan ramai iaitu Proton Inspira. Secara jujurnya dari segi rekabentuk kereta ini ia hampir menyerupai kereta Mitsubishi Lancer Evolution.

Mungkin dengan kehadiran model keluaran Proton ini, akan membuka ruang kepada di mana kereta impianya adalah Mitsubishi Lancer Evolution yang kurang dari segi kemampuan kewanganya untuk mendapatkan Proton Inspira yang hampir-hampir seiras dengan Mitsubishi Lancer Evolution.

SC percaya di luar sana terdapat ramai yang meminati kereta Mitsubishi Lancer Evolution ini. Jadi amatlah berbaloi sekiranya mereka kurang dari segi kemampuan kewangan untuk memiliki Proton Inspira dengan kata lain Proton Inspira adalah alternatif kepada Mitsubishi Lancer Evolution.

Berikut adalah spesifikasi Proton Inspira:

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga cadangan : RM 79,xxx.xx

4B11

Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx

Di bawah ini pula adalah gambar-gambar yang berkaitan dengan Proton Inspira:

Starflower


Starflower


Starflower


Berikut Pula Video Mengenai Proton Inspira:

SC: Apa tunggu lagi dapatkan sebuah Proton Inspira di Pasaran sekarang.