Followers

Tuesday, July 19, 2011

Proton Inspira

HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia sekalian berkenaan dengan sebuah kereta keluaran Proton yang kini sudah menjadi kegilaan ramai iaitu Proton Inspira. Secara jujurnya dari segi rekabentuk kereta ini ia hampir menyerupai kereta Mitsubishi Lancer Evolution.

Mungkin dengan kehadiran model keluaran Proton ini, akan membuka ruang kepada di mana kereta impianya adalah Mitsubishi Lancer Evolution yang kurang dari segi kemampuan kewanganya untuk mendapatkan Proton Inspira yang hampir-hampir seiras dengan Mitsubishi Lancer Evolution.

SC percaya di luar sana terdapat ramai yang meminati kereta Mitsubishi Lancer Evolution ini. Jadi amatlah berbaloi sekiranya mereka kurang dari segi kemampuan kewangan untuk memiliki Proton Inspira dengan kata lain Proton Inspira adalah alternatif kepada Mitsubishi Lancer Evolution.

Berikut adalah spesifikasi Proton Inspira:

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga cadangan : RM 79,xxx.xx

4B11

Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx

Di bawah ini pula adalah gambar-gambar yang berkaitan dengan Proton Inspira:

Starflower


Starflower


Starflower


Berikut Pula Video Mengenai Proton Inspira:

SC: Apa tunggu lagi dapatkan sebuah Proton Inspira di Pasaran sekarang.

1 comment: