Followers

Sunday, January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

BESOK rakyat Malaysia yang berbangsa Cina akan menyambut Tahun Baru Cina, nak dijadikan cerita sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun ini dipanggil Tahun Naga Air. Oleh kerana sekarang ni musim 1Malaysia SC nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca yang berbangsa Cina.

Tahun Naga Air ini dikatakan energi kehidupan, di mana energi kehidupan didasarkan pada kepercayaan geomansi (feng shui dalam bahasa Mandarin), astronomi, dan kearifan kepercayaan rakyat, selalu mengacu pada berbagai perubahan setiap kali memasuki siklus Tahun Naga. Tahun Naga menjadi simbol perubahan atau setidaknya menghadirkan sebuah perubahan besar.

 Gong Xi Fa Cai sekali lagi SC ucapkan kepada semua pembaca yang berketurunan tiong hwa. Di kesempatan ini izinkan SC berkongsi dengan korang semua video tarian yang ada kena mengena dengan tahun baru cina. Tarian yang SC maksudkan adalah Tarian Singa

Mengikut Wikipedia Tarian Singa Adalah . adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

 Tanpa membuang masa lagi tontonlah video tarian tersebut di bawah ini:


SC: Gong Xi Fa Cai....Jangan lupa kirim limau dan ang pow.

No comments:

Post a Comment