Followers

Showing posts with label video seks. Show all posts
Showing posts with label video seks. Show all posts

Monday, July 24, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 4

KALI ini SC ingin berkongsi dengan anda sambungan siri animasi tempatan yang begitu popular dan viral dewasa ini iaitu BoboiBoy Galaxy. Sebelum ini SC telah berkongsi dengan anda semua siri animasi Boboiboy Galaxy ini di dalam tiga episod iaitu Episod 1, Episod 2 dan yang terakhir Episod 3. 

Pada hari ini pula SC memilih untuk berkongsi episod seterusnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini. Episod yang SC maksudkan kali ini ialah Episod 4. Episod ini menceritakan tentang amukan gergasi comel yang dipanggil dengan Cattus. Di mana di kalung kucing kaktus ini terdapat satu sfera kuasa (power sphere). 

Ikutilah misi menyelamatkan sfera kuasa Boboiboy dan kawan-kawan mereka. Mampukah mereka menyelamatkan sfera kuasa (power sphere) dalam episod kali ini? Jawapanya anda semua boleh dapati setelah menonton siri animasi Boboiboy Galaxy Episod 4 ini. 

Sebenarnya siri animasi Boboiboy Galaxy ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak ribena namun ia juga turut mendapat tempat di kalangan penonton dewasa sepertimana yang berlaku pada siri kartun barat yang tidak kurang popular pada masa kini iaitu Spongebob Square pants. 

Sunday, July 16, 2017

Pembiayaan Sijil ASB i AmBank

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA merupakan salah satu pelaburan yang paling selamat dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Oleh yang demikian hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua salah satu cara untuk menambahkan pelaburan ASB anda.

Cara yang SC maksudkan ialah melalui pinjaman ASB, pada kali ini SC ingin bercerita mengenai Pinjaman
ASB yang disediakan oleh Kumpulan AmBank ataupun dalam Bahasa Inggerisnya AmBank Group. Pinjaman ASB merupakan salah satu cara terbaik untuk anda meningkatkan pelaburan ASB anda.

PEMBIAYAAN SIJIL ASB i AmBank

Ini adalah kemudahan pembiayaan bertempoh patuh syariah yang dijamin oleh Sijil ASB berdasarkan konsep Syariah Tawarruq.

Thursday, July 13, 2017

Abang Long Fadil 2

ABANG LONG FADIL satu filem telah mencetuskan satu fenomena baru di dalam industri filem Malaysia satu masa dahulu.
Filem ini mendapat sambutang hangat satu masa dahulu. Setelah sekian lama kini kesinambungan kepada filem Abang Long Fadil iaitu Abang Long Fadil 2.

Hari ini SC ingin berkongsi beberapa info tentang Abang Long Fadil 2 ini dengan anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, sudah lama juga SC tidak berbicara tentang filem ni, Alhamdulillah hari ni dapat juga berbicara tentang filem. 

SIPNOPSIS FILEM ABANG LONG FADIL 2

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Insp. Wahab dan Insp. Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Friday, July 7, 2017

Aliff Amierul Bakat Cilik Baru Yang Bakal Bersinar

INDUSTRI muzik tanah air kini sedang berkembang pesat, saban hari ada sahaja artis baru yang dilahirkan. Hari ini industri muzik kita telah dianugerahkan dengan bakat cilik yang bakal menjadi bintang yang bersinar suatu hari nanti. Bakat cilik yang SC maksudkan ialah Aliff Amierul. Hari ini SC memilih untuk berkongsi berkenaan Aliff Amierul di dalam blog milik SC ini. 

Aliff Amierul muncul dalam sebuah lagu single yang bertajuk Ku Percaya telah mendapat tempat di hati peminat-peminat industri muzik negara. Suaranya memang ternyata ada kelainanya yang sendiri. Gemersik lunak medu suaranya membuatkan pendengar bakal terpegun dengan si cilik berbakat besar ini. 

Kehadiran Aliff Amierul dalam industri muzik tempatan memang di alu-alukan, tambahan pula bakatnya yang bakal bersinar ini hendaklah disia-siakan begitu sahaja jadi meletak beliau di dalam dunia yang penuh kesenian ini mampu memberi persaingan yang sihat kepada pemain-pemain industri di samping membuktikan kepada negara-negara luar bahawa kita juga mempunyai ramai bakat-bakat cilik yang mampu menjadi bintang yang bersinar suatu hari nanti. 

SC percaya suatu hari nanti Aliff Amierul mampu menyaingi populariti penyanyi cilik dari seberang yang popular satu masa dulu iaitu Tegar Septian dan mungkin dia mampu pergi lebih jauh lagi di dalam dunia seni suara tanah air kita.

Monday, July 3, 2017

NOKIA 3

NOKIA sebuah jenama telefon bimbit yang amat popular tak lama dahulu, namun selepas kehadiran peranti-peranti yang mempunyai sistem pengoperasian Android, Nokia berada di ambang kejatuhan apabila model-model barunya gagal di dalam persaingan telefon pintar tempatan. Namun, kini Nokia kembali dengan semangat yang baru dan cuba memasuki pasaran telefon pintar dunia kembali. Dapatkah Nokia kembali ke zaman kegemilanganya? Apa yang SC boleh katakan kita hanya tunggu dan lihat sahaja.

Hari ini SC memilih untuk membuat sedikit review salah satu model telefon bimbit keluaran Nokia yang mungkin akan menarik minat anda semua untuk membelinya. Siapa tahu Nokia mampu mengembalikan semula zaman kegemilanganya. Model yang SC maksudkan ialah Nokia 3.

Nama Pengeluar: Nokia
Nama Model: Nokia 3
Dilancarkan pada: Jun 2017

Saturday, July 1, 2017

HONDA RS150R

BOON SIEW HONDA merupakan satu pengeluar motosikal yang sudah tidak asing lagi ni negara kita. Hari ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah model motosikal yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda ini. Model yang SC maksudkan ialah Honda RS150R salah satu model yang dijangka akan menjadi kegemaran ramai satu hari nanti.

Spesifikasi Honda RS150R

Enjin: 150CC DOHC, 4 Lejang
Kuasa Maksimum: 15.4hp @ 9000rpm
Tork Maksimum: 13.5Nm @ 6500rpm
Transmisi: 6 Kelajuan
Sistem Suntikan Bahan Api: PGM-Fi
Saiz: 2,025mm x 725mm x 1,102mm
Suspensi Depan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Monoshock
Roda Depan: 90/80-17
Roda Belakang: 120/70-17
Kapasiti Tangki: 4.5L
Berat: 123Kg
Harga Termasuk GST tanpa insurans: RM8,213.94

Sunday, June 11, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 2

BARU-baru ini SC telah berkongsi satu video animasi terkenal negara iaitu BoboiBoy Galaxy Episod 1, hari ini SC memilih untuk berkongsi satu lagi episod dalam siri animasi yang terkenal dan mendapat sambutan hangat di negara kita dewasa ini. Kali ini Episod 2 BoboiBoy Galaxy akan dikongsi khas untuk pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

BoboiBoy Galaxy mendatangkan satu fenomena baru di dalam arena animasi tempatan, di mana kualitinya dah hampir setaraf bukan sahaja animasi dari barat, malah setanding juga dengan animasi daripada Jepun contohnya Naruto mahupun One Piece. 

BoBoiBoy Galaxy mengisahkan perjalanan lima sahabat yakni BoboiBoy, Yin, Yaya, Gopal dan Fang di Galaxy di dalam menjalankan misi menyelamatkan Power Sphere daripada jatuh ke tangan mereka-mereka yang jahat di bawah satu organisasi menyelamatkan Power Sphere yang lebih dikenali dengan nama T.A.P.O.P.S. Lima sahabat ini mempunyai kuasa-kuasa mereka yang tersendiri.

BoBoiBoy merupakan watak utama di dalam animasi ini, selain itu beliau juga memiliki kuasa terhebat di antara mereka berlima namun, walaubagaimanapun BoBoiBoy bukanlah seorang yang suka berbangga walaupun kuasa beliau merupakan yang terhebat. 

Friday, November 25, 2011

Jangan Lihat Ke Dalam Lubang Ini

VIDEO LAWAK menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsikan bersama semua pembaca setia malah pembaca baru blog SembangCerita. Mungkin video ini boleh dijadikan hiburan buat korang semua di kala rasa bosan menjelma....ceeeewaah ayat berbunga-bunga tu.

SC rasa mungkin lawak lah jugak video ini, jadi di kesempatan ini SC ingin  kongsikan video lawak yang bertajuk Jangan Lihat Ke Dalam Lubang ini. Tajuknya bunyi macam menarik kan, malah mungkin ada yang akan salah tafsir tajuk video lawak ini.

Cuba tonton video di bawah ini, sudah diletak tanda amaran di kotak tersebut Jangan Lihat Ke Dalam Lubang ini, tetapi ada insan yang degil tetap melanggar amaran tersebut dengan melihat di dalam lubang tersebut. Hasilnya dia mendapat balasan daripada tindakan mereka sendiri. Tu lah orang dah larang tapi yang ko tetap degil nak lihat kat dalam lubang tu kenapa.



Daripada video di atas kita dapat lihat yang sudah menjadi lumrah manusia melakukan apa yang dilarang. Teringat pula SC dengan kata orang putih tu yang berbunyi "Trying an Error". Itulah nak lihat sangat apa yang dilarang tengok kan dah dapat malu.....

SC: Hairan juga SC sudah diletak amaran di situ jangan lihat ke dalam lubang ini tetap dia tu tetap lihat ke dalam lubang itu. Itulah degil sangat kan dapat penyakit....moral of the stories: jangan melakukan apa yang dilarang....