Followers

Thursday, October 20, 2011

Nasi Lemak 2.0

SETELAH sekian lama SC tidak mengemaskini blog milik SC ini, kebetulan pula hari ini SC ada sedikit masa terluang jadi SC tak mahulah menghampakan pembaca setia blog Sembang Cerita ini, jadi kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang diarahkan oleh Pengarah yang dahulunya pernah mencetuskan kontroversi, tentu korang semua masih ingat dengan kontroversi negarakuku yang dibuat oleh Namewee satu ketika dulu.

Dialah yang mengarahkan filem Nasi Lemak 2.0, tetapi bagi SC kali ini dia tampil dengan nada berbeza apabila dia cuba meniupkan semangat 1Malaysia dalam filem tersebut apabila hampir semua kaum yang ada di Malaysia terlibat di dalam pembikinan filem tersebut.

SIPNOPSIS NASI LEMAK 2.0


Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.
Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak


Video Trailer Nasi Lemak 2.0

No comments:

Post a Comment