HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua maklumat mengenai sejenis kad debit yang baru sahaja dilancarkan oleh RHB Bank. Kad Debit ini dikenali dengan nama RHB Cash-Connect Visa Debit Card. Nampaknya kad debit semakin digalakkan penggunaanya dari kalangan bank-bank yang menawarkan kad debit.
Bagi SC penggunaan kad debit menggantikan tunai ini sememangnya menjadi pilihan SC kerana ia akan memudahkan kerja seharian kita tambahan pula kita tak perlu membawa duit yang begitu banyak di dalam dompet sekiranya kita mahu membeli sesuatu ia akan menjamin keselamatan wang kita malahan nyawa kita juga.
Berbeza dengan kad kredit, ia akan membuatkan kita ketagih untuk membuat belian menggunakan kad kredit yang mana sepertimana kita tahu penggunaan kad kredit ini adalah sepertimana kita menambahkan beban hutang diri kita. Disamping itu kita dikenakan caj-caj tertentu oleh pihak bank ini tidak berlaku pada kad debit kerana pembelian yang dibuat bergantung kepada berapa baki akaun simpanan di dalam bank yang menjadi pilihan kita. Ditambah pula bonus penggunaan kad debit ini ialah kita akan dapat rebet daripada setiap pembelian kita.
Berbalik kita kepada kad debit RHB Cash-Connect Visa Debit Card, antara kelebihan-kelebihan yang ada pada kad debit ini ialah:
Rebet belian sebanyak 0.5%(tidak termasuk transaksi e-debit).Faedah/keuntungan daripada baki dalam akaun.Boleh mengeluarkan wang tunai daripada mana-mana ATM MEPS seluruh negara.Diterima oleh semua saudagar Visa di seluruh dunia.Boleh menetapkan sendiri had pembelian bergantung kepada baki di dalam akaunMudah untuk dipohon tiada pendapatan tahunan minima diperlukan.Boleh digunakan untuk pembelian dalam talian (internet).Tiada Cukai Kerajaan dikenakan.Pilihan untuk peribadikan atau debit card biasa.
Kelayakkan untuk menggunakan kad debit ini ia terbuka kepada individu sahaja dan berumur 18 tahun ke atas. Manakala caj tahunan untuk kad debit ini ialah RM20 setahun. Caj penggantian kad dikenakan sebanyak RM15.00. Pengeluaran wang tunai di ATM RHB adalah percuma, manakala pengeluaran wang tunai di mana-mana ATM MEPS seluruh Malaysia adalah RM1/tranksaksi. Caj Belian luar negara dikenakan 1% daripada jumlah belian.
SC: Menarik sungguh kad debit RHB Cash-Connect Visa Debit Card ini jadi korang apa tunggu lagi pergilah buat satu sekarang......
boleh keluarkan duit kew klu kita ke luar negara... contohnya saya ke indonesia.. tiba2 saya perlukan duit... bleh kew..
ReplyDelete