FILEM terus menjadi pilihan SC pada artikel pada kali ini untuk dikongsikan dengan korang semua sekali lagi. Filem yang SC maksudkan ialah ianya berjudul Bini-Biniku Gangster untuk panduan korang-korang semua terutamanya yang meminati filem-filem tempatan kata orang "Filem kita Wajah Kita".
Maklumat yang SC perolehi jadi SC kongsikan dengan korang semua terutamanya yang merupakan pembaca setia blog Sembang Cerita ini. Untuk pengetahuan korang filem ini sudah ditayangkan di pawagam tetapi ianya belum ditayang lagi di saluran ASTRO FIRST.
Antara maklumat mengenai filem tersebut yang SC telah perolehi adalah sepertimana di bawah ini:
Sipnopsis Bini-Biniku Gangster:
Manja
dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling
sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri
rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya
sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli
oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan
menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu
masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami
kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah
lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk
suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry
dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar
ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min
Siam.
Manja
melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya.
Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut
hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka
berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka
asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu
berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat
musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min
Siam.
SC: Apa tunggu lagi jom ke pawagam layan bini-biniku gangster.
No comments:
Post a Comment