Followers

Thursday, September 22, 2011

Filem Hantu Bonceng

SC baru-baru ini telah pun menonton filem Hantu Bonceng, walaupun SC tinggal di Kota Bharu, Kelantan di mana di dalam tempat ini tiada pawagam yang wujud namun SC dapat juga menonton filem terbaru tersebut di pawagam di rumah SC sendiri tak lain tak bukan tentulah Astro First. Terima kasih ASTRO....

Selepas SC menonton filem tersebut, tergerak pula hati SC untuk berkongsi maklumat mengenai dengan filem tersebut dengan korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita, mungkin ianya boleh dijadikan panduan untuk korang semua untuk menonton filem yang akan membuatkan diri anda tidak kering gusi ini.

SC merasakan terlebih dahulu adalah lebih elok SC kongsikan dengan korang semua sipnopsis Filem Hantu Bonceng tersebut untuk rujukan dan pedoman korang semua SC lampirkan sipnopsis Hantu Bonceng sepertimana di bawah ini:

SIPNOPSIS HANTU BONCENG

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

MAKLUMAT MENGENAI FILEM HANTU BONCENG

Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Penulis: Ahmad Idham
Lakon layar : Ahmad Idham
Penulis skrip : Ahmad Idham
Lakonan:
Zizan Raja Lawak : Amran (Pelakon Utama)
Juliana Evan : Ayu (Pelakon Utama)
Jue Aziz : Halimaton (Pelakon Utama)
Taiyuddin Bakar : Kunyit (Pelakon Pembantu)
Krew:
Pengarah Fotografi : Raja Mukhriz
Pembantu Pengarah : Rosli Mohd Taib
Penyunting : Ahmad Mustadha Bin Samingon
Penerbit: Ahmad Idham

VIDEO TRAILER FILEM HANTU BONCENG



SC: Wah Memang best lah filem Hantu Bonceng ni perasaan pun bercampur-campur...ketawa dan ketakutan....

No comments:

Post a Comment