Followers

Tuesday, September 6, 2011

Platform Blog TUMBLR


HARI INI SC nak berkongsi dengan korang semua sebuah platform blog yang tidak kurang popular. Platform atau Hosting Blog Percuma itu dikenali dengan nama TUMBLR. Menggunakan domain http://namabloganda.tumblr.com.

Apa yang menariknya perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma oleh TUMBLR. Jadi kepada korang-korang yang berminat dengan blog-blog ini boleh lah melayari laman web rasmi TUMBLR di http://www.tumblr.com.

Jadi bagi yang berminat segeralah mendaftar apatah lagi ia sememangnya percuma. Kalau korang semua bertanya bagaimana prestasi TUMBLR ini, SC hanya menjawab SC pun baru cuba dan tidak dapat dipastikan lagi sejauh mana kemampuanya adakah ianya mesra Enjin Carian sepertimana WordPress ataupun tidak.

Apa yang menarik korang boleh link akaun Facebook dan Twitter korang dengan TUMBLR ini bermakna setiap kali korang update blog korang secara automatisnya ia akan diumumkan melalui berita Facebook dan Twitter. Ini mungkin salah satu kelebihan TUMBLR.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang cuba lah mendaftar blog baru korang di TUMBLR dan lihatlah bagaimana prestasi blog anda.

SC: Tak salah kalau nak cuba lagipun benda free apa tunggu lagi....

No comments:

Post a Comment