Followers

Showing posts with label trailer. Show all posts
Showing posts with label trailer. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Filem Bini-Biniku Gangster

FILEM terus menjadi pilihan SC pada artikel pada kali ini untuk dikongsikan dengan korang semua sekali lagi. Filem yang SC maksudkan ialah ianya berjudul Bini-Biniku Gangster untuk panduan korang-korang semua terutamanya yang meminati filem-filem tempatan kata orang "Filem kita Wajah Kita".

Maklumat yang SC perolehi jadi SC kongsikan dengan korang semua terutamanya yang merupakan pembaca setia blog Sembang Cerita ini. Untuk pengetahuan korang filem ini sudah ditayangkan di pawagam tetapi ianya belum ditayang lagi di saluran ASTRO FIRST.

Antara maklumat mengenai filem tersebut yang SC telah perolehi adalah sepertimana di bawah ini:

Sipnopsis Bini-Biniku Gangster:

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. 


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Video Trailer Bini Biniku Gangster


SC: Apa tunggu lagi jom ke pawagam layan bini-biniku gangster.

Tuesday, August 16, 2011

Filem Momok Jangan Panggil Aku


FILEM yang menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsi dengan korang semua ialah filem Momok Jangan Panggil Aku. SC telah pun menonton filem ini, boleh dikatakan SC berpuas hati dengan apa yang cuba diberikan oleh filem ini.

Filem ini lahir dalam genre seram mungkin juga seram komedi, walau bagaimanapun klimaks seram itu wujud dalam filem ini walaupun ia seram komedi. Keseluruhan filem ini bagi SC tidak membosankan dan penonton sentiasa ternanti-nantikan bilakah persoalan-persoalan yang bermain di kepala mereka akan terjawab.

Sipnopsis Filem Momok Jangan Panggil Aku

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku....

Trailer Momok Jangan Panggil Aku



SC: Best juga filem ni, ada seram, ada lucu, tidak membosankan rugi korang tak tengok.....

Tuesday, August 9, 2011

KL Gangster


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini. Filem tersebut adalah KL Gangster, filem ini dikategorikan filem aksi.

SC telah pun menonton filem tersebut ternyata filem yang dimaksudkan ini sarat dengan aksi-aksi dan boleh dikatakan hampir setaraf dengan filem aksi yang berasal daripada barat. Filem ini bukan sahaja menarik minat golongan dewasa malah ia turut menarik minat golongan remaja dan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun filem ini dilanda kontroversi apabila ia menimbulkan salah faham antara Skop Productions dengan PEKIDA, namun kontroversi tersebut akhirnya dapat diselesaikan secara aman antara pihak Skop Productions dengan PEKIDA.

Apabila kontroversi itu selesai, terdengar pula ura-ura mengatakan bahawa KL Gangster ada kesinambunganya dalam filem KL Gangster yang akan datang, dengar khabar juga filem KL Gangster yang akan datang akan turut dibintangi oleh Rosyam Nor. Menarik juga bunyinya ni.

Video Trailer KL Gangster



SC: Bagi yang belum menonton KL Gangster tontonilah sekarang....

Saturday, March 12, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


ALHAMDULILLAH dengan Izin Allah s.w.t SC dapat bertemu sekali lagi dengan pembaca setia blog SC dan pada kali ini SC ingin berkongsi maklumat mengenai sebuah Filem Keluaran KRU Studio iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.

Filem ini SC jangkakan akan meletup di pawagam-pawagam tanah air dan mungkin akan tersenarai di dalam senarai teratas Filem Box-Office Malaysia. Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong,
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam.

Seperti biasa sudah menjadi tradisi bagi blog SC untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca setia blog SC, jadi kebetulan hari ini SC berkesempatan jadi penulis memutuskan untuk berkongsi maklumat filem ini dengan pembaca setia blog ini. SC juga turut menyediakan Trailer Video Hikayat Merong Mahawangsa sepertimana di bawah ini:

Hikayat Merong Mahawangsa Trailer



Apa yang SC dapat rasakan daripada apa yang kita dapat lihat daripada video trailer Hikayat Merong Mahawangsa, SC boleh simpulkan yang filem ini sangat menarik, walaubagaimanapun untuk dapatkan yang lebih jelas SC kena menonton dulu filem ini di pawagam.

SC: Jom ramai-ramai kita menonton Hikayat Merong Mahawangsa di Pawagam.