Followers

Showing posts with label BUSINESS. Show all posts
Showing posts with label BUSINESS. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Kenderaan Aneh

WOW! Panas juga cuaca hari ini, di kepanasan cuaca hari ini SC ingin berkongsi dengan korang semua satu gambar yang boleh dikira aneh dan kreatif. Sebenarnya SC kurang pasti nak letak gambar aneh ke gambar kreatif tetapi rasa-rasanya gambar ini ada kedua-duanya pertama yang aneh kedua yang kreatif. 

Sekali pandang tampak menarik juga kenderaan ini yang dihias sebegitu rupa. SC tidak pasti pula adakah hiasan-hiasan yang diletakkan di kenderaan itu adalah bahan terbuang ataupun barang baru yang masih hangat di pasaran. 

SC juga kurang pasti bahawa adakah kenderaan ini gambarnya di ambil di Malaysia ataupun gambarnya diambil di luar negara. Maaf kos pengubahsuaian kenderaan ini juga tidak di dapati. Namun tidak bermakna kita tidak boleh kongsikan dengan orang lain kan.

Warna kenderaan ini yang bewarna hitam menampakkan lagi betapa eksklusifnya kenderaan ini. Tak tahulah timbulnya idea tuan punya kenderaan ini nak buat kenderaanya kelihatan sebegitu rupa, tetapi tak mengapa inikan yang dinamakan idea kreatif. 

SC nak tanya ni, adakah korang sanggup bersiar-siar dengan kenderaan sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar tersebut? Soalan SC ini sekadar bertanya sahaja bukanlah timbul niat di hati SC untuk menjadi agen pemasaran untuk kenderaan tersebut. 

Korang rasa kalau ada kat Malaysia ni kenderaan ni dapat sambutan ke tak? SC rasa sudah tentu ia akan mendapat sambutan hangat tambahan pula kenderaan ini bentuknya lain daripada yang lain. Memang unik sekali...kalau diberi peluang SC pun rasa nak naik kenderaan ini. 

SC: Hebat sekali kenderaan ini......Wow di mana lah nak dapat kenderaan ini.

Monday, October 3, 2011

RHB Cash-Connect Visa Debit Card

HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua maklumat mengenai sejenis kad debit yang baru sahaja dilancarkan oleh RHB Bank. Kad Debit ini dikenali dengan nama RHB Cash-Connect Visa Debit Card. Nampaknya kad debit semakin digalakkan penggunaanya dari kalangan bank-bank yang menawarkan kad debit.

Bagi SC penggunaan kad debit menggantikan tunai ini sememangnya menjadi pilihan SC kerana ia akan memudahkan kerja seharian kita tambahan pula kita tak perlu membawa duit yang begitu banyak di dalam dompet sekiranya kita mahu membeli sesuatu ia akan menjamin keselamatan wang kita malahan nyawa kita juga. 

Berbeza dengan kad kredit, ia akan membuatkan kita ketagih untuk membuat belian menggunakan kad kredit yang mana sepertimana kita tahu penggunaan kad kredit ini adalah sepertimana kita menambahkan beban hutang diri kita. Disamping itu kita dikenakan caj-caj tertentu oleh pihak bank ini tidak berlaku pada kad debit kerana pembelian yang dibuat bergantung kepada berapa baki akaun simpanan di dalam bank yang menjadi pilihan kita. Ditambah pula bonus penggunaan kad debit ini ialah kita akan dapat rebet daripada setiap pembelian kita.
Berbalik kita kepada kad debit RHB Cash-Connect Visa Debit Card, antara kelebihan-kelebihan yang ada pada kad debit ini ialah:

Rebet belian sebanyak 0.5%(tidak termasuk transaksi e-debit). 
Faedah/keuntungan daripada baki dalam akaun.
Boleh mengeluarkan wang tunai daripada mana-mana ATM MEPS seluruh negara.
Diterima oleh semua saudagar Visa di seluruh dunia.
Boleh menetapkan sendiri had pembelian bergantung kepada baki di dalam akaun
Mudah untuk dipohon tiada pendapatan tahunan minima diperlukan.
Boleh digunakan untuk pembelian dalam talian (internet).
Tiada Cukai Kerajaan dikenakan.
Pilihan untuk peribadikan atau debit card biasa.

Kelayakkan untuk menggunakan kad debit ini ia terbuka kepada individu sahaja dan berumur 18 tahun ke atas. Manakala caj tahunan untuk kad debit ini ialah RM20 setahun. Caj penggantian kad dikenakan sebanyak RM15.00. Pengeluaran wang tunai di ATM RHB adalah percuma, manakala pengeluaran wang tunai di mana-mana ATM MEPS seluruh Malaysia adalah RM1/tranksaksi.  Caj Belian luar negara dikenakan 1% daripada jumlah belian. 

SC: Menarik sungguh kad debit RHB Cash-Connect Visa Debit Card ini jadi korang apa tunggu lagi pergilah buat satu sekarang......