Followers

Thursday, August 17, 2017

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.


Mungkin kejadian ribut kencang tersebut boleh menjadi iktibar kepada kita yang sering terlupa atau sengaja melupakan kekuasaan pencipta kita yakni Allah tuhan seru sekian alam. Allah Maha Berkuasa dan kejadian ribut kencang tersebut juga merupakan bukti kekuasaan Allah malah tiada kemalangan jiwa yang berlaku juga turut menjadi bukti bahawa Allah Maha Penyanyang.

Mungkin kejadian ini mampu mebangkitkan kita dari ke alpaan di dalam mengejar kekayaan duniawi sehinggakan terlupa untuk mencari kekayaan ukhrawi. Oleh itu marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri bagi memastikan markah ukhrawi kita akan menjadi yang paling cermelang di antara yang paling cemerlang.

SC: Lihatlah inilah bukti betapa hebatnya kekuasaan Allah Tuhan Seru Sekian Alam

1 comment:

  1. Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
    mari bergabung bersama kami
    kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
    ayo coba keberuntugan anda di sini
    kami menyediakan permaianan

    Togel dan DD48 red&blue

    Telp : +85581569708
    BBM : D8E23B5C
    Line : togelpelandi
    Skype: Togel Pelangi
    Link: http://www.togelpelangi.com/

    ReplyDelete