Followers

Saturday, August 5, 2017

War For The Planet Of The Apes (2017)

WAR FOR THE PLANET OF THE APES hari ini menjadi pilihan SC untuk dikongsi dengan anda semua. Satu filem yang menarik dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Padat dengan aksi dan mempunyai mesej yang tersendiri. Filem ini turut dikenali dengan nama Planet Of Apes 3.

Filem Planet of Apes 3 ini bukan sahaja padat dengan aksi, elemen kekeluargaan, mengajar untuk kita bertimbang rasa malah turut padat dengan aksi-aksi lucu yang akan membuatkan anda semua tak kering gusi di buatnya.

SC sendiri pun sudah menontonnya di pawagam, ternyata tidak mengecewakan. Lima bintang SC bagi untuk filem ini, memang berbaloi beli tiket panggung wayang untuk menonton filem aksi yang berngenre sains fiksyen ini.

Sipnopsis Filem War For The Planet Of The Apes (Planet OF Apes 3)




Filem "War For The Planet Of The Apes" ini akan menceritakan lanjutan kisah dari Caesar. Ia merupakan seekor kera yang sudah berevolusi. Hal ini terjadi setelah melalui beberapa kajian yang dilakukan. Perubahan tersebut membuat Caesar dapat berkomunikasi dua arah dengan manusia. Filem ini akan meneruskan dari kisah pada dua filem sebelumnya. Caesar yang merupakan salah satu pimpinan yang sedang memerintah di tengah kekacauan bandar San Francisco.

Pada kisah sebelumnya, Malcolm cuba memujuk Caesar agar mau pindah bersama keluarganya, hal ini dilakukan untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman para tentera yang datang untuk menembak para kera.Seperti apa kisah pengembaraan Caesar untuk menyelamatkan diri dan keluarganya? Saksikan kisah selengkapnya hanya di Pawagam kesayangan anda pada 14 Julai 2017.

SC: Ayuh tonton filem ini ramai-ramai memang berbaloi-baloi.

No comments:

Post a Comment