Followers

Showing posts with label sultan mizan. Show all posts
Showing posts with label sultan mizan. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.

Wednesday, April 6, 2016

JOM HIKING DI BUKIT KELUANG


SETELAH beberapa bulan SC tidak mengemaskini blog ini, akhirnya hari ini SC ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini khas buat pengikut atau pembaca setia blog ini. Kesibukkan SC dengan tugas-tugas SC menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian blog ini tergendala oleh yang demikian SC memohon maaf di atas kesilapan SC ini. 



Pada artikel kali ini SC ingin mengajak anda semua untuk menikmati satu tarikan baru yang kini menjadi kegilaan ramai di Besut, Terengganu. Di daerah inilah letaknya sebuah bukit yang dinamakan sebagai Bukit Keluang. Tempat yang menjadi pilihan ramai yang meminati aktiviti 'hiking' di mana pengunjungnya bukan sahaja daripada dalam daerah Besut, malahan dari seluruh negara. 


Sebenarnya aktiviti 'hiking' di Bukit Keluang ini bukanlah satu aktiviti baru, malah ianya telah lama menjadi acara wajib mingguan SC semasa di bangku persekolahan dulu, malah SC menjadikan aktiviti hiking di Bukit Keluang itu sebagai latihan sebelum SC berangkat ke XPDC ke Gunung Tebu. Kata orang kita kena membiasakan diri kita dengan aktiviti pendakian agar kita tidak sukar sewaktu menyertai XPDC Gunung Tebu tersebut. Namun, pada waktu dulu aktiviti Hiking di Bukit Keluang ini tidak mendapat sambutan hangat sepertimana sekarang, dulu hanya sebilangan kecil sahaja yang meminati aktiviti lasak yang 'hiking' di Bukit Keluang. 

SC tidak pasti kenapa sejak akhir-akhir ini aktiviti Hiking di Bukit Keluang tiba-tiba 'meletup' dan menjadi kegilaan ramai. SC mengandaikan mungkin juga ia disebabkan aktiviti selfie yang menyebabkan ramai yang terliur untuk 'hiking' di Bukit Keluang. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aktiviti ini mendapat sambutan hangat di dalam dan luar Besut.