Followers

Showing posts with label besut. Show all posts
Showing posts with label besut. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa. 

Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.

Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.

Tuesday, June 6, 2017

JOM BAYAR ROADTAX DI KRY GLOBAL ENTERPRISE

HARI ini SC berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan insurans am yang sedang berkembang maju di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Syarikat ini semakin menjadi pilihan utama terutamanya di kalangan penduduk sekitar Besut. 

Syarikat yang SC maksudkan ialah KRY Global Enterprise. KRY Global Enterprise menawarkan khidmat pembaharuan cukai jalan dan juga polisi insurans kenderaan yang semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia menjadi pilihan kerana tawaran murahnya yang menarik minat terutamanya mereka-mereka yang gemar berjimat cermat. 



Lokasi yang menjadi pejabat induk kepada KRY Global Enterprise ini ialah di alamat PT365, Tingkat Bawah, Bangunan DPMMT, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. KRY Global Enterprise juga boleh dihubungi di talian 09-6975188.

KRY Global Enterprise diuruskan oleh seorang usahawan muda yang baru meningkat naik iaitu En Khairy merupakan salah seorang peserta mentor usahan Dr Azizan Osman. Ketekunan beliau berusaha telah menjadikan KRY Global Enterprise sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pembaharuan insurans kenderaan mahupun pembaharuan cukai jalan. 

Saturday, May 27, 2017

Pakej Percutian Bajet Pulau Perhentian

TERLEBIH dahulu SC ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana sudah begitu lama tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan dengan tugas-tugas rasmi SC. Hari ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog ini satu Pakej Percutian Bajet di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Pakej Percutian Bajet ini adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa negara kita. Pakej Percutian bajet ini merupakan pilihan terbaik kepada mereka-mereka yang ingin bercuti pada kadar harga Bajet. Pakej ini begitu lebih ekonomi daripada pakej-pakej yang lain. 









MAKLUMAT MENGENAI PAKEJ INI ADALAH SEPERTIMANA BERIKUT:

3 Hari 2 Malam Pulau Perhentian

Pakej Termasuk:-

Bot Pergi dan Balik
Penginapan
Makan
Snorkeling

Harga Pakej Ditawarkan RM 300 / pax

Tempahan Pakej Dibuka Sekarang
Bermula Hari Raya Kedua Aidilfitri Hingga Akhir Musim 2017

SILA HUBUNGI HAIRI DI TALIAN  019 7873779 UNTUK TEMPAHAN
DEPOSIT HARGA PENUH DIPERLUKAN, TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DILAYAN.

Wednesday, April 6, 2016

JOM HIKING DI BUKIT KELUANG


SETELAH beberapa bulan SC tidak mengemaskini blog ini, akhirnya hari ini SC ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini khas buat pengikut atau pembaca setia blog ini. Kesibukkan SC dengan tugas-tugas SC menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian blog ini tergendala oleh yang demikian SC memohon maaf di atas kesilapan SC ini. 



Pada artikel kali ini SC ingin mengajak anda semua untuk menikmati satu tarikan baru yang kini menjadi kegilaan ramai di Besut, Terengganu. Di daerah inilah letaknya sebuah bukit yang dinamakan sebagai Bukit Keluang. Tempat yang menjadi pilihan ramai yang meminati aktiviti 'hiking' di mana pengunjungnya bukan sahaja daripada dalam daerah Besut, malahan dari seluruh negara. 


Sebenarnya aktiviti 'hiking' di Bukit Keluang ini bukanlah satu aktiviti baru, malah ianya telah lama menjadi acara wajib mingguan SC semasa di bangku persekolahan dulu, malah SC menjadikan aktiviti hiking di Bukit Keluang itu sebagai latihan sebelum SC berangkat ke XPDC ke Gunung Tebu. Kata orang kita kena membiasakan diri kita dengan aktiviti pendakian agar kita tidak sukar sewaktu menyertai XPDC Gunung Tebu tersebut. Namun, pada waktu dulu aktiviti Hiking di Bukit Keluang ini tidak mendapat sambutan hangat sepertimana sekarang, dulu hanya sebilangan kecil sahaja yang meminati aktiviti lasak yang 'hiking' di Bukit Keluang. 

SC tidak pasti kenapa sejak akhir-akhir ini aktiviti Hiking di Bukit Keluang tiba-tiba 'meletup' dan menjadi kegilaan ramai. SC mengandaikan mungkin juga ia disebabkan aktiviti selfie yang menyebabkan ramai yang terliur untuk 'hiking' di Bukit Keluang. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aktiviti ini mendapat sambutan hangat di dalam dan luar Besut. 

Friday, September 2, 2011

Masjid Kayu Seberang Jerteh, Besut, Terengganu


HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita sekeping gambar yang memaparkan gambar Masjid Kayu Seberang Jerteh, Besut, Terengganu. Bagi yang belum mendapat apa-apa maklumat mengenai masjid ini sebenarnya ianya baru dibina dan hampir siap dibina.

Masjid ini letaknya di Seberang Jerteh, Besut, Terengganu dan ianya berhampiran dengan kediaman mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Kos pembinaan masjid ini ialah 12 Juta dengan menggunakan material asas kayu dan menggunakan 100% kayu cengal untuk bangunan masjid ini. Mungkin masjid ini akan menjadi mercutanda baru bagi daerah Besut.

Apa yang menariknya, masjid ini akan mengembalikan nostalgia silam apabila ia kelihatan unik tambahan pula jarang sekali kita dapat lihat masjid baru yang diperbuat daripada kayu. Mungkin selepas ini ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan bagi daerah Besut.

SC: Kalau datang besut, singgahlah di masjid ni.....