Followers

Tuesday, June 6, 2017

JOM BAYAR ROADTAX DI KRY GLOBAL ENTERPRISE

HARI ini SC berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan insurans am yang sedang berkembang maju di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Syarikat ini semakin menjadi pilihan utama terutamanya di kalangan penduduk sekitar Besut. 

Syarikat yang SC maksudkan ialah KRY Global Enterprise. KRY Global Enterprise menawarkan khidmat pembaharuan cukai jalan dan juga polisi insurans kenderaan yang semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia menjadi pilihan kerana tawaran murahnya yang menarik minat terutamanya mereka-mereka yang gemar berjimat cermat. 



Lokasi yang menjadi pejabat induk kepada KRY Global Enterprise ini ialah di alamat PT365, Tingkat Bawah, Bangunan DPMMT, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. KRY Global Enterprise juga boleh dihubungi di talian 09-6975188.

KRY Global Enterprise diuruskan oleh seorang usahawan muda yang baru meningkat naik iaitu En Khairy merupakan salah seorang peserta mentor usahan Dr Azizan Osman. Ketekunan beliau berusaha telah menjadikan KRY Global Enterprise sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat pembaharuan insurans kenderaan mahupun pembaharuan cukai jalan. 


En. Khairy juga merupakan mantan pekerja sebuah syarikat insurans hayat yang tersohor sebelum bergelar usahawan. Namun, keberanianya meletakkan jawatan di syarikat tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila perniagaanya semakin berkembang maju. 

Pembaca-pembaca setia blog SC ini bolehlah pergi mendapatkan khidmat daripada syarikat ini, SC jamin anda akan berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh syarikat ini kepada anda. 

SC: Jangan lupa baharukan cukai jalan dan insurans kenderaan anda nanti tak pasal-pasal kena saman dengan Polis ke JPJ ke... 

1 comment:

  1. Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
    mari bergabung bersama kami
    kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
    ayo coba keberuntugan anda di sini
    kami menyediakan permaianan

    Togel dan DD48 red&blue

    Telp : +85581569708
    BBM : D8E23B5C
    Line : togelpelandi
    Skype: Togel Pelangi
    Link: http://www.togelpelangi.com/

    ReplyDelete