HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video yang turut menjadi viral akhir-akhir ini, video ini amat popular di youtube sehinggakan ia menjadi trending sejak akhir-akhir ini, Video mengisahkan seorang lelaki yang suka mengenakan orang dengan menggunakan helah dan ancaman palsu kepada orang ramai.
SC pun hairan adakah di negara mereka tiada undang-undang bagi melarang membuat video-video berupa ancaman bom palsu. Adakah negara di mana mereka tinggal tidak menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras penerbitan video yang berupa ancaman bom palsu ini kepada orang ramai.
Tidakkah ia akan membahayakan nyawa orang ramai, cuba bayangkan kalau ada satu ancaman bom sebenar tetapi ia disangka hanyalah satu gurauan, sudah pasti mereka yang berhampiran dengan bom itu tidak akan melarikan diri kerana menyangka ianya adalah ancaman bom palsu, ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang akan tercedera mahupun terbunuh kerana menyangka bom sebenar itu bom palsu.
Mungkin ada yang mengatakan itu adalah sebahagian kreativiti seseorang itu untuk menghiburkan orang ramai, tapi bagi SC ianya sesuatu yang tidak patut berlaku kerana kreativiti tidak semestinya kita perlu membahayakan nyawa seseorang.
Walauapapun SC berkongsi video ini bukanlah bertujuan untuk mengalakkan lagi mereka-mereka yang mahu menjadi penghibur membuat lebih banyak video-video seumpama ini, tetapi ia adalah untuk membuat orang ramai berfikir tentang baik buruknya sekiranya pengambaran video-video seperti ini diteruskan.
Berbalik kepada video parodi bom ini, video ini mampu membuatkan orang ramai tertawa, tetapi apa yang SC bimbangi ialah di masa-masa yang akan datang video seperti inilah yang akan mendatangkan musibah yang maha dasyat kepada orang ramai.
Namun, SC ingin mengucapkan tahniah kepada pembikin video ini kerana begitu kreatif membuat video ini sehinggakan membuatkan penontonya tidak kering gusi melihat telah orang yang bertempiaran lari kerana menyangka ianya adalah ancaman bom yang sebenar.
No comments:
Post a Comment