Followers

Wednesday, June 28, 2017

BoBoiBoy Galaxy Episod 3

HARI ini kita teruskan berhibur bersama dengan siri animasi kegemaran ramai iaitu Boboiboy Galaxy kali ini Episod 3 yang SC kongsikan khas buat pembaca setia blog SC. Animasi ini bukan sebarang animasi ianya animasi buatan Malaysia. Siapa kata produk buatan Malaysia tak bagus, kadang-kadang ia lagi bagus daripada yang import. 

Animasi Boboiboy Galaxy ini sememangnya satu inovasi baru di dalam arena animasi tempatan. Ia juga telah membawa satu fenomena baru di dalam negara kita, di mana animasi ini dikatakan setaraf dengan animasi-animasi daripada barat dan juga Jepun. 

Kejayaan Boboiboy Galaxy ini juga telah membuktikan bahawa siapa kata orang Malaysia tidak mampu menghasilkan animasi yang bertaraf dunia. Kalau mengikut SC sekiranya diminta untuk menarafkan animasi ini mengikut bilangan bintang, tidak keterlaluan sekiranya SC mengatakan bahawa animasi ini SC boleh beri lima bintang kepada animasi ini.

Mungkin ada juga kekurangan di dalam animasi ini, tetapi bagi SC ia bukanlah satu keutamaan kerana manusia sememangnya tidak sempurna. Mana ada manusia biasa yang sempurna kerana ini dunia bukan syurga. Begitu juga dengan ciptaan manusia ni mana ada yang betul-betul sempurna malah animasi barat dan Jepun juga ada kekuranganya. 



SC berharap animasi ini terus maju ke hadapan di dalam memacu kebangkitan industri animasi negara kita, dan janganlah ia menjadi animasi sekerat jalan yang akhirnya pupus ditelan zaman. Dalam masa yang sama SC berharap ada cubaan untuk menghidupkan kembali animasi-animasi tempatan negara kita yang berakhir sekerat jalan dengan memberi nafas baru mungkin dari segi menggunakan teknologi animasi yang terkini.



No comments:

Post a Comment