Followers

Thursday, June 1, 2017

BoBoiBoy Galaxy Eoisod 1

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua sebuah animasi tempatan yang diminati ramai. SC mengambil keputusan untuk berkongsi siri animasi ini kerana SC ingin memberi sokongan kepada industri animasi tempatan agar ia terus berkembang dan mampu diletakkan setaraf dengan animasi-animasi daripada hollywood .

Animasi yang SC maksudkan ialah BoBoiBoy Galaxy, SC merasakan jalan cerita dan watak-watak yang dimuatkan di dalam animasi ini sememanya menarik tambahan pula ia adalah animasi tempatan. Bagi menyahut seruan kerajaan di dalam menyokong barangan buatan Malaysia jadi tiada salahnya jika kita memilih untuk menonton animasi ini. 

Pada kali ini SC akan berkongsi Video Animasi BoboiBoy Galaxy Episod 1 sebagai permulaan khas untuk pembaca-pembaca setia blog SC ini. Namun, terlebih dahulu SC bukanlah pemegang hak cipta untuk animasi ini, tujuan SC berkongsi siri animasi ini ialah lebih kepada untuk mempromosi produk animasi tempatan agar industri animasi kita terus berkembang pesat.

Dalam pada itu, SC berharap terus ramai syarikat-syarikat tempatan akan menunjukkan minat untuk menghasilkan lebih banyak animasi tempatan yang berkualiti antarabangsa dan setanding dengan animasi-animasi yang diimport daripada hollywood.

SC juga berharap di satu masa nanti, Malaysia akan menjadi negara pengeluar animasi yang terbesar asia dan mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Jepun dan lain-lain negara yang terkenal dengan penerbitan animasi yang diminati ramai. 


SC berharap siri animasi Boboiboy Galaxy ini merupakan langkah pertama di dalam percubaan kita untuk meletakkan industri animasi negara kita ini setaraf dengan negara-negara barat walaupun kita masih kurang jika dibandingkan dengan negara-negara barat. 

Walaupun animasi kita masih tidak sehebat hollywood tiada salahnya untuk kita bersama-sama dengan pemain-pemain industri animasi tempatan untuk memastikan di satu masa nanti kita akan menjadi gergasi animasi dunia. 

No comments:

Post a Comment