Followers

Saturday, June 10, 2017

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.

Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.

Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri. 

Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.


Ada pihak yang suka menangguk di air yang keruh menyebabkan timbulnya banyak sangat tawaran pinjaman yang bukan-bukan untuk mengambil kesempatan ke atas orang yang terdesak perlukan wang, syarat mereka kenakan juga tidak masuk akal, namun orang yang terdesak berkemungkinan besar mudah terpengaruh dengan janji manis mereka.

Di antara syarat yang tidak masuk akal syarikat pinjaman tidak wujud tersebut ialah pertama mereka meminta membayar terlebih dahulu membayar apa yang dikatakan agreement fees bukan sedikit ada setengah tu 10% daripada pinjaman kita, selain itu mereka meminta kita membayar cukai GST sebanyak 6% dan paling teruk mereka turut kita membayar cukai pula sebanyak 10%, jadi campur-campur semua 26% daripada pinjaman itu bakal peminjam perlu mengeluarkan duit mereka terlebih dahulu sebelum pinjaman mereka diluluskan. 

SC ingin terangkan sedikit di sini, pertama sekali berkenaan dengan agreement fees bayaran ini sebenarnya memang ada tetapi ia tidak memerlukan bakal peminjam membayar dengan duit mereka sendiri tetapi ia ditolak daripada jumlah pinjaman mereka dan biasanya tak sampai pun 10% daripada pinjaman. Kedua, berkenaan dengan GST dan cukai, jika kita sudah bayar untuk GST  tidak perlu lagi kita membayar cukai dan juga peminjam mereka tidak perlu membayar menggunakan duit peminjam, bayaran tersebut akan ditolak daripada jumlah pinjaman dan apa yang paling penting caj GST bukanya 6% daripada pinjaman tetapi ada perkiraan lain yang betul.

SC berharap dengan pendedahan SC kali ini tidak ada lagi orang yang tertipu dengan skim pinjaman yang tidak wujud ini, berhati-hatilah jika membuat urusan dengan syarikat yang mendakwa syarikat pinjaman berlesen. Tips paling penting pertama sekali, semak syarikat tersebut benar-benar berlesen ke tak (boleh di semak di sini), kedua sekiranya syarikat terbabit sah berlesen hubungi no telefon pejabat syarikat tersebut untuk mengetahui wakil yang kononya mewakili syarikat tersebut adalah mereka wakil sah mereka atau sebaliknya.

SC: Jangan Mudah terpedaya dengan janji manis, nanti kencing manis eh silap nanti anda rugi.

1 comment:

  1. Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
    mari bergabung bersama kami
    kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
    ayo coba keberuntugan anda di sini
    kami menyediakan permaianan

    Togel dan DD48 red&blue

    Telp : +85581569708
    BBM : D8E23B5C
    Line : togelpelandi
    Skype: Togel Pelangi
    Link: http://www.togelpelangi.com/

    ReplyDelete