MAT RUKUN merupakan sebuah drama Melayu yang menarik. Ia telah disiarkan pada Jun 2017 dalam segmen Kelakarama TV9. Mat Rukun dibintangi oleh Zoey Rahman, Elisya Sandha, Feiyna Tajuddin, Syed Ali, Ropie, Marissa, Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 Episod.
Pengarah bagi drama ini ialah Jamal Khan. Drama ini diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Watak utama Mat Rukun iaitu Mat Rukun atau Mamat dilakonkan oleh Zoey Rahman. Elisya Sandha pula sebagai Ayu manakala Feiyna Tajuddin sebagai Rozie.
Pada posti SC pada kali ini, SC ingin berkongsi dengan anda semua lagu runut bunyi atau Original Sound Track (OST) drama Mat Rukun.