HARI ini SC ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita mengenali alat-alat muzik tradiosional kerana SC tak mahu alat muzik tradisional ini dilupakan begitu sahaja. Generasi zaman sekarang sudah semakin ramai yang tidak mengenali alat-alat muzik tradisional.
Sebagai langkah berjaga-jaga SC akan berkongsi dengan anda semua berkenaan alat-alat muzik tradisional agar ia tidak luput ditelan zaman. Muzik tradisional sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan kita. Kita sebagai bangsa Melayu tidak harus melupakanya.
Rebab yang sebetulnya berasal daripada Afghanistan. Rebab terdiri daripada tiga utas dawai logam dan ianya digesek dengan pengesek sepertimana kita mengesek viola. Apa yang membezakan Rebab dengan Viola ialah Rebab digesek di atas lantai manakala Viola pula di atas bahu.
Di negara kita Rebab digunakan di dalam muzik mengiring Mak Yong dan Main Puteri dan juga Rodat. Alat ini semakin dilupakan sekiranya langkah-langkah pemeliharaanya tidak dilakukan dengan sewajarnya.