Followers

Showing posts with label Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Tradisional. Show all posts

Friday, October 2, 2015

Rebab Alat Muzik Tradisional Kelantan.

HARI ini SC ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita mengenali alat-alat muzik tradiosional kerana SC tak mahu alat muzik tradisional ini dilupakan begitu sahaja. Generasi zaman sekarang sudah semakin ramai yang tidak mengenali alat-alat muzik tradisional.

Sebagai langkah berjaga-jaga SC akan berkongsi dengan anda semua berkenaan alat-alat muzik tradisional agar ia tidak luput ditelan zaman. Muzik tradisional sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan kita. Kita sebagai bangsa Melayu tidak harus melupakanya.

Rebab yang sebetulnya berasal daripada Afghanistan. Rebab terdiri daripada tiga utas dawai logam dan ianya digesek dengan pengesek sepertimana kita mengesek viola. Apa yang membezakan Rebab dengan Viola ialah Rebab digesek di atas lantai manakala Viola pula di atas bahu.

Di negara kita Rebab digunakan di dalam muzik mengiring Mak Yong dan Main Puteri dan juga Rodat. Alat ini semakin dilupakan sekiranya langkah-langkah pemeliharaanya tidak dilakukan dengan sewajarnya.

Wednesday, August 17, 2011

Pulut Lepa / Pulut Panggang


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang mungkin juga diminati ramai terutamanya orang Kelantan dan Terengganu. Kuih ini dikenali dengan nama Pulut Lepa, ia juga kadang-kadang dikenali dengan nama Pulut Panggang.

SC memang suka makan Pulut Lepa a.k.a Pulut Panggang ini, memang bestlah orang kata sehingga menjilat jari. SC tak tahulah pulak korang camner, tapi kalau korang belum cuba eloklah korang cuba pasti korang tak akan menyesal....

Bercakap pasal Pulut Lepa SC rasa adalah elok untuk SC kongsikan Resepi untuk membuat Pulut Lepa ini khas untuk pembaca setia blog Sembang Cerita. Bagi mereka-mereka yang nak resepi Pulut Lepa boleh lah dapatkan di bawah ini:

Resipi Pulut Lepa/Pulut Panggang

Bahan:
300 g pulut, direndam semalaman
125 ml santan (dari 1 kelapa)
sedikit garam
10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan Inti:
400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
4 biji bawang merah, dicincang halus
½ kelapa parut putih
200 ml santan (1/2 kelapa)
1/2 kpg asam gelugur (kecil)
½ camt serbuk lada hitam
½ camt gula
sedikit garam

Cara-cara:
1. Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk tidak melekat.
2. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering.
3. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi.
4. Bila pulut masak, gemburkan dengan garfu (boleh kukus pulut, jika mahu).
5. Ambik pulut sket, uli panjang cam kopok lekor
6. Then tekan sampai nipis dan masukkan inti dia kat tengah
7. Tutup balik cantik-cantik. Pastu bungkus ngan daun pisang

Untuk inti:
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur



SC: Pulut Lepa memang best rugi kalau korang tak try....apa tunggu lagi trylah sekarang...

Monday, August 8, 2011

Kuih Jala Emas


APABILA kita berada di bulan puasa ini adalah tidak sah kalau kita tidak bercakap mengenai Juadah Berbuka Puasa. Oleh yang demikian pada kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang dijadikan juadah untuk berbuka puasa. Kuih ini lebih dikenali dengan nama Jala Emas.

Jala Emas adalah sejenis kuih yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim. Jala Emas boleh dikategorikan sebagai Kuih Tradisional, walau bagaimanapun Jala Emas terdapat dalam versi yang berbeza mengikut kawasan mereka yang membuat kuih tersebut.

Sebagai Contoh kalau di Kelantan pembuat Jala Emas biasanya akan membuat Jala Emas yang lebih manis rasanya, lain pula di Besut, Terengganu pembuat Jala Emas di daerah ini biasanya membuat Jala Emas yang tidak lah begitu manis seperti Jala Emas Kelantan.

SC rasa tidak salah kalau SC kongsikan sedikit resipi untuk membuat Jala Emas, Resipi untuk membuat Jala Emas adalah sepertimana di bawah ini:

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
15 Biji Telur Ayam, Ambil Telur Kuning Sahaja
400g Gula Halus (Boleh dikurangkan Jika Suka Kurang Manis)
2/3 Helain Daun Pandan
4 Cawan Air dan Daun Pisang untuk dibuat corong

Cara Penyediaan:

Tapis kuning telur dan pukul sedikit Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut. Angkat dan ’tos’kan. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu. Hidangkan p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

SC: Semoga Resipi ini bakal menjadi panduan buat korang semua, Selamat Berbuka Puasa...