Followers

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Saturday, December 7, 2013

Aku Yang Dulu Versi Kelantan

OLEH kerana SC sudah lama tidak mengemaskini blog milik SC ini, hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua terutamanya pembaca setia blog ini satu lagu istimewa khas buat semua penyokong setia SC walau di mana jua mereka berada.

Masihkah anda semua ingat tentang lagu Aku Yang Dulu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi cilik dari Indonesia yang dahulunya pengemis sekarang sudah menjadi superstar kesayangan ramai. Namun, hari ini SC bukan ingin berkongsi lagu yang dinyanyikan Tegar tetapi lagu Aku Yang Dulu Versi Kelantan yang dinyanyikan oleh adik Haikal di dalam versi Kelantan.

Lagu ini amat sesuai didengar terutamnya oleh peminat fanatik lagu-lagu dikir barat yang berasal daripada Kelantan. Untuk pengetahuan anda semua lagu ini sudah mendapat sambutan hangat dan telah diputar di kebanyakkan stesen radio terutamanya Radio Malaysia Kelantan FM.

AKU YANG DULU VERSI KELANTAN
Haikal Lonih Tok Serupo Dulu



SC: Wow berbakat betul penyanyi cilik ini mungkin beliau patut buat lagu sendiri mana tahu bolah lawan dengan Tegar

Sunday, August 11, 2013

Polis di Seantero Dunia

Smiley face
POLIS merupakan satu pasukan beruniform yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara. Polis bertangungjawap sepenuhnya dalam undang-undang sivil yang berkaitan dengan jenayah, malah mereka merupakan penguatkuasa undang-undang di sesebuah negara. Hari ini SC ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan dengan polis-polis yang ada di seantero dunia mungkin juga korang boleh jadikanya rujukan yang berguna terutamanya pada mereka yang berminat dengan kerja-kerja kepolisan ini.

POLIS MALAYSIA


Sebelum kita ke luar negara adalah lebih elok kita mulakan dengan Polis di negara kita terlebih dahulu barulah kita menjengah ke luar negara. Polis negara kita dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia atau ringkasnya PDRM di mana mereka bertanggungjawab di dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang jenayah negara.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Saturday, April 20, 2013

Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular...

SIAPA sangka dahulunya seorang Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis yang popular oleh kerana bakat yang ada pada dirinya. Dulunya tiada siapa yang memandang insan kerdil bernama Tegar yang dulunya berhempas pulas mengemis di Indonesia untuk mencari wang bagi menyara dirinya. 

SC masih ingat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang begini "dulu aku ditendang, sekarang aku disayang" benar-benar mengisahkan kehidupan beliau di masa yang lalu yang penuh dengan keperitan dan juga penderitaan untuk mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi beliau menyanyikan lagu sambil bermain gitar di muat naik dan ditayangkan di laman sesawang Youtube. Semakin hari semakin ramai yang menonton video beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah menjadi popular malah sudah menjadi ikon bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di indonesia tetapi juga orang dewasa di Indonesia malah pengaruh beliau sudah mula tersebar dan memasuki dunia kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih beliau selama ini yang tak pernah berputus asa berusaha dan terus berusaha sehinggalah bergelar artis popular. Malah, beliau sendiri sudah acap kali berduet dengan nama-nama besar dunia muzik Indonesia.


Video Yang Telah Membuat Tegar Popular

Video Selepas Popular
SC: Tak Ku Sangka Tak Ku Duga Dulu Pengemis Sekarang Artis Popular.....

Friday, December 31, 2010

2010 Bakal Pergi


CUMA tinggal kurang beberapa jam lagi tahun 2010 akan mengakhiri kalendarnya. Kurang beberapa jam lagi 2011 bakal menjelma. Itulah kehidupan di dunia ini setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang pangkal akan diakhiri penghujung.

Hari ini SC nak bercerita mengenai suka duka tahun 2010 sebagai penutup tirai 2010, di hari yang terakhir 2010 ini. Dalam tahun 2010 macam-macam perkara yang suka dan duka terjadi di negara kita dan yang ada kaitan dengan negara kita.

Tahun 2010 ini juga menyaksikan bahawa peningkatan prestasi cabang-cabang sukan yang disertai oleh negara kita. Ini mungkin mengembirakan kita semua selaku rakyat Malaysia negara yang menjadi tanah tumpahnya darahku.

2010 juga menyaksikan kejayaan skuad bola sepak kebangsaan negara kita menjulang Piala AFF Suzuki dan membawa kepada gelaran Gergasi Bola Sepak Asia Tenggara. Sudah sekian lama prestasi pasukan bola sepak negara kita sebelum ini tidak membanggakan kita dan akhirnya kini kita sudah bergelar juara.

SC berharap agar prestasi skuad Malaysia terus meningkat dan meningkat lagi. Majulah sukan untuk negara dengan harapan tahun 2011 akan membawa sinar yang lebih gemilang kepada skuad negara kita.

Apa yang menjadi duka di dalam 2010 ini ialah beberapa kemalangan ngeri yang berlaku dan melibatkan bas-bas dua tingkat sedikit sebanyak membuatkan kita sedih mengenangkan nasib-nasib yang perlu di alami oleh keluarga-keluarga yang terbabit di dalam kemalangan tersebut.

2010 juga kita menyaksikan warna-warni politik tanah air kita yang semakin bewarna-warni dan dipenuhi dengan aneka ragam. Macam-macam isu politik yang timbul sepanjang 2010 ini. Itulah SC sendiri pening memikirkan politik negara kita ini.

SC percaya ramai yang diluar sana telah membuat azam tahun baru, sepertimana yang kebiasaan manusia-manusia lain buat setiap kali kedatangan tahun baru walaupun azam tahun 2010 pun masih belum tertunai.

SC: Azam SC pada tahun 2011 ialah untuk menjadi sebuah blog yang popular dan ramai bilangan pembaca setianya. SC akan berusaha untuk mendapatkanya.
Enhanced by Zemanta