Followers

Friday, December 31, 2010

2010 Bakal Pergi


CUMA tinggal kurang beberapa jam lagi tahun 2010 akan mengakhiri kalendarnya. Kurang beberapa jam lagi 2011 bakal menjelma. Itulah kehidupan di dunia ini setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang pangkal akan diakhiri penghujung.

Hari ini SC nak bercerita mengenai suka duka tahun 2010 sebagai penutup tirai 2010, di hari yang terakhir 2010 ini. Dalam tahun 2010 macam-macam perkara yang suka dan duka terjadi di negara kita dan yang ada kaitan dengan negara kita.

Tahun 2010 ini juga menyaksikan bahawa peningkatan prestasi cabang-cabang sukan yang disertai oleh negara kita. Ini mungkin mengembirakan kita semua selaku rakyat Malaysia negara yang menjadi tanah tumpahnya darahku.

2010 juga menyaksikan kejayaan skuad bola sepak kebangsaan negara kita menjulang Piala AFF Suzuki dan membawa kepada gelaran Gergasi Bola Sepak Asia Tenggara. Sudah sekian lama prestasi pasukan bola sepak negara kita sebelum ini tidak membanggakan kita dan akhirnya kini kita sudah bergelar juara.

SC berharap agar prestasi skuad Malaysia terus meningkat dan meningkat lagi. Majulah sukan untuk negara dengan harapan tahun 2011 akan membawa sinar yang lebih gemilang kepada skuad negara kita.

Apa yang menjadi duka di dalam 2010 ini ialah beberapa kemalangan ngeri yang berlaku dan melibatkan bas-bas dua tingkat sedikit sebanyak membuatkan kita sedih mengenangkan nasib-nasib yang perlu di alami oleh keluarga-keluarga yang terbabit di dalam kemalangan tersebut.

2010 juga kita menyaksikan warna-warni politik tanah air kita yang semakin bewarna-warni dan dipenuhi dengan aneka ragam. Macam-macam isu politik yang timbul sepanjang 2010 ini. Itulah SC sendiri pening memikirkan politik negara kita ini.

SC percaya ramai yang diluar sana telah membuat azam tahun baru, sepertimana yang kebiasaan manusia-manusia lain buat setiap kali kedatangan tahun baru walaupun azam tahun 2010 pun masih belum tertunai.

SC: Azam SC pada tahun 2011 ialah untuk menjadi sebuah blog yang popular dan ramai bilangan pembaca setianya. SC akan berusaha untuk mendapatkanya.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment