HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua maklumat mengenai promosi yang telah ditawarkan oleh Telco yang namanya sudah dikenali ramai. Telco yang SC maksudkan ialah Celcom. Celcom dikatakan telah menawarkan Plan Prabayar Celcom Magic Sim.
Pek Sim Celcom Magic Sim boleh didapati di pasaran sekarang bagi pelanggan baru yang baru nak menggunakan Celcom. Bagi pelanggan sedia ada Celcom mereka boleh menukar plan semasa mereka kepada Magic Sim (Penukaranh hanya dicaj RM5 sekali sahaja). Cara menukar plan sungguh mudah hanya dengan taip MIG MAGIC dan hantar ke 28882.
Bagi pengguna Telco lain dan mahu menggunakan Celcom Magic Sim dan tidak mahu menukar no talianya atau dengan kata lain mengekalkan no talianya. Mereka boleh berhijrah kepada Celcom Magic Sim tanpa perlu menukar no talian mereka dengan menggunakan khidmat Mobile Number Portability (MNP) dengan mengunjungi cawangan bluecube terdekat. Proses penukaran mengambil masa 3-5 hari.
Bercakap mengenai kadar yang ditawarkan oleh Celcom Magic Sim, SC merasakan ianya kadar terbaik di antara telco-telco yang ada di tanah air kita. Dibawah ini disenaraikan kadar Plan Prabayar Celcom Magic Sim:
