Followers

Showing posts with label Along. Show all posts
Showing posts with label Along. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Ah Long oh Ah Long

RASA-RASAnya telah lama juga SC tidak menyumbang sesuatu di dalam blog milik SC ini. SC pohon maaf kepada semua pembaca setia blog SC kerana sejak kebelakangan ni SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC yang tak dapat SC elakkan.

Kebetulan pada hari ini SC ada masa terluang jadi SC ingin berkongsi sesuatu untuk anda semua. Hari ini SC ingin berkongsi berkenaan dengan Ah Long. Perlu diingatkan di sini artikel ini berdasarkan pengalaman sebenar SC sebagai peminjam Ah Long, boleh dikatakan ini adalah kisah benar yang memang sebenar-benarnya benar.

Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lalu pada tahu 2013. Hendak dijadikan cerita kerana terlalu ghairah nak berniaga SC mengambil 'langkah sumbang' apabila terjebak dengan skim pinjaman yang ditawarkan Ah Long. Mungkin pada waktu itu SC terlalu 'ghairah' nak berniaga sampai terlupa kesan dan akibat daripada pinjaman Ah Long. 

Tak sampai satu jam permohonan pinjaman yang SC buat dekat Ah Long tersebut telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 3,000.00. Walaupun pinjaman yang SC buat RM 3,000.00 tetapi apa yang SC dapat hanyalah RM2,100.00 selepas 'dipotong kepala' oleh Ahlong tersebut.

Sebelum SC terlupa, Ah Long tersebut telah memberitahu SC yang 'bunga wajib' yang SC perlu bayar adalah RM400 seminggu tanpa menghiraukan beban bunga tersebut SC terus sanggup dengan apa yang dicadangkan Ah Long tersebut. 

Beberapa bulan kemudian, akhirnya SC menerima padah apabila Ah Long tersebut meminta supaya SC membayar semua pinjaman pokok dan tidak lagi boleh cuma membayar bunga sahaja sepertimana yang SC buat sebelum ini. Tempoh masa untuk menyelesaikan pinjaman pokok tersebut terlalu singkat dan akhir sekali SC ternyata gagal untuk menjelaskan pinjaman pokok tersebut.

Kegagalan SC menjelaskan 'pinjaman pokok' tersebut dalam masa yang singkat seperti yang dituntut oleh Ah Long tersebut ternyata membuatkan Ah Long tersebut 'naik minyak'. Lantas Ah Long tersebut mengarahkan 'askar upahan' untuk menuntut pinjaman tersebut daripada SC. Askar Upahan tersebut merupakan seorang melayu yang berstatus Ayahnda yang juga merupakan 'penarik kereta' yang terkenal. 

Setiap hari SC dihujani panggilan yang berbaur 'ugutan' oleh Askar Upahan tersebut dan SC terus hidup dalam ketakutan, sebagai langkah keselamatan SC terus membuat laporan Polis berhubung ugutan tersebut dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bantuan beberapa rakan yang membantu dengan memperkenalkan kepada Abang Long Kawasan dan beliaulah yang mengatur pertemuan untuk menyelesaikan hal ini secara baik. 

Hasilnya SC diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan hutang pinjaman tersebut secara ansur-ansur tanpa bunga. Akhirnya SC berjaya menyelesaikan segala hutang-hutang tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan. 

Itulah kisah pengalaman SC berhubung dengan berurusan dengan pinjaman Ah Long ini. 

SC: Jangan sekali-kali anda meminjam dengan Ah Long nescaya buruk akibatnya sekiranya anda meminjamnya.

Sunday, August 5, 2012

SALAM RAMADHAN

TELAH lama juga SC tidak mengemaskini blog ini, ini disebabkan kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang menjadi rutin harian SC, namun kebetulan pada pagi yang hening ini SC mempunyai sedikit kelapangan masa, jadi SC tidak sia-siakanya untuk mengemaskini blog SC ini.

Pejam celik pejam celik sudah 16 hari kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. Mungkin agak lambat bagi penulis untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini, namun kata orang "better late than never" jadi tiada salahnya kalau SC ucapkanya sekarang. 

Mungkin pada Ramadhan kali ini sesuai untuk SC menceritakan pengalaman SC di dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bermacam-macam pengalaman yang SC tempuhi sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Mungkin itulah dugaan-dugaan yang perlu SC tempuhi sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Pertama sekali, kos sara hidup SC pada bulan ini bertambah berlipat kali ganda, mana taknya RM1500 habis tak sampai pun sebulan. Ini mungkin kerana makanan pada bulan ini naik berlipat kali ganda, malah sukarnya nak cari makanan yang berharga RM3 sepertimana sebelum puasa yang lalu.

Lepas tu sampai pula bil Elektrik, Mak ai RM400.00 tuh, adoi kenapalan dugaan datang menimpa-nimpa, banyak lagi bil-bil yang belum sampai tapi bil Elektrik pun dah RM400.00 sedang duit dalam poket pun tinggal RM30.00 je, kadang-kadang terfikir juga ada tak orang diluar sana nak menghulurkan bantuan tapi tak kan SC nak jadi pengemis pulak kan. 

Terlintas di kepala SC untuk menggadai geran motosikal milik SC, tapi sayang tak tahu nak gadai kat mana, kalau emas ada banyak tempat nak pajak gadai, ada orang kata boleh gadai kat along, tapi tak kan lah SC nak cari penyakit dengan berurusan dengan along. 

Pening betul kepala SC memikirkanya, apa yang SC boleh buat sekarang hanyalah berserah kepada Allah s.w.t. dan menunggu duit jatuh dari langit. Eh menunggu duit jatuh dari langit tu SC melawak je, mana ada duit jatuh dari langit, sudah tentunya SC akan cuba mempertingkatkan usaha lagi. Banyak juga cabaran pada bulan ini tetapi tak mengapa SC akan cuba hadapinya.....

SC: Best juga kalau duit jatuh dari langit....