Followers

Saturday, March 1, 2014

Ah Long oh Ah Long

RASA-RASAnya telah lama juga SC tidak menyumbang sesuatu di dalam blog milik SC ini. SC pohon maaf kepada semua pembaca setia blog SC kerana sejak kebelakangan ni SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC yang tak dapat SC elakkan.

Kebetulan pada hari ini SC ada masa terluang jadi SC ingin berkongsi sesuatu untuk anda semua. Hari ini SC ingin berkongsi berkenaan dengan Ah Long. Perlu diingatkan di sini artikel ini berdasarkan pengalaman sebenar SC sebagai peminjam Ah Long, boleh dikatakan ini adalah kisah benar yang memang sebenar-benarnya benar.

Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lalu pada tahu 2013. Hendak dijadikan cerita kerana terlalu ghairah nak berniaga SC mengambil 'langkah sumbang' apabila terjebak dengan skim pinjaman yang ditawarkan Ah Long. Mungkin pada waktu itu SC terlalu 'ghairah' nak berniaga sampai terlupa kesan dan akibat daripada pinjaman Ah Long. 

Tak sampai satu jam permohonan pinjaman yang SC buat dekat Ah Long tersebut telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 3,000.00. Walaupun pinjaman yang SC buat RM 3,000.00 tetapi apa yang SC dapat hanyalah RM2,100.00 selepas 'dipotong kepala' oleh Ahlong tersebut.

Sebelum SC terlupa, Ah Long tersebut telah memberitahu SC yang 'bunga wajib' yang SC perlu bayar adalah RM400 seminggu tanpa menghiraukan beban bunga tersebut SC terus sanggup dengan apa yang dicadangkan Ah Long tersebut. 

Beberapa bulan kemudian, akhirnya SC menerima padah apabila Ah Long tersebut meminta supaya SC membayar semua pinjaman pokok dan tidak lagi boleh cuma membayar bunga sahaja sepertimana yang SC buat sebelum ini. Tempoh masa untuk menyelesaikan pinjaman pokok tersebut terlalu singkat dan akhir sekali SC ternyata gagal untuk menjelaskan pinjaman pokok tersebut.

Kegagalan SC menjelaskan 'pinjaman pokok' tersebut dalam masa yang singkat seperti yang dituntut oleh Ah Long tersebut ternyata membuatkan Ah Long tersebut 'naik minyak'. Lantas Ah Long tersebut mengarahkan 'askar upahan' untuk menuntut pinjaman tersebut daripada SC. Askar Upahan tersebut merupakan seorang melayu yang berstatus Ayahnda yang juga merupakan 'penarik kereta' yang terkenal. 

Setiap hari SC dihujani panggilan yang berbaur 'ugutan' oleh Askar Upahan tersebut dan SC terus hidup dalam ketakutan, sebagai langkah keselamatan SC terus membuat laporan Polis berhubung ugutan tersebut dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bantuan beberapa rakan yang membantu dengan memperkenalkan kepada Abang Long Kawasan dan beliaulah yang mengatur pertemuan untuk menyelesaikan hal ini secara baik. 

Hasilnya SC diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan hutang pinjaman tersebut secara ansur-ansur tanpa bunga. Akhirnya SC berjaya menyelesaikan segala hutang-hutang tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan. 

Itulah kisah pengalaman SC berhubung dengan berurusan dengan pinjaman Ah Long ini. 

SC: Jangan sekali-kali anda meminjam dengan Ah Long nescaya buruk akibatnya sekiranya anda meminjamnya.

2 comments:

  1. Sesiapa yang sudah selesai baca artikel di atas tadi, sila LIKE FanPage PERSATUAN PENYELESAIAN PENGGUNA DAN PEMINJAM MALAYSIA NI Untuk selesaikan apa je masalah anda, baik dengan pihak bank atau dengan Ah Long - Ah Long yang tak berhati perut ni. https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Penyelesaian-Pengguna-Dan-Peminjam-Malaysia/829306973765715

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau add je Haji Rosland kat dalam fb.. kat situ semua permasalahan boleh diselesaikan.. Call 019-2531000 / 019-3971000 ( Haji Rosland ) atau Call 010-8262633 ( Faez ) untuk ceritakan permasalahan Ahlong2 tak berhati perut itu..

      Delete