HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan satu 'tweet' yang menjadi perbualan hangat hari ini. Malah kebanyakkan akhbar arus perdana pun membincangkan perkara yang sama. Kisahnya terjadi apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin cuba bergurau dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. SC percaya gurauan Khairy tersebut mungkin ada kaitan dengan kehangatan demam Piala Dunia yang melanda kebanyakkan negara tidak terkecuali Malaysia.
SC difahamkan KJ mencuba nasib membuat permohonan cuti melalui twitter kononya beliau demam lalu dibalas 'tweet' KJ oleh DS Najib Tun Razak "Anda cukup sihat untuk menghadiri Mesyuarat Kabinet" di dalam Bahasa Inggeris.
Kemudian KJ membalas "Pengajaran kepada semua kepada mereka-mereka yang kelentong bos mereka semasa World Cup".
SC: Nampaknya KJ tak dapatlah nak kelentong PM DS Najib Tun Razak..HA HA HA
No comments:
Post a Comment