Followers

Friday, August 22, 2014

Hari Perkabungan Negara - 22 Ogos 2014 Hari Jumaat

SC hari ini berkongsi dengan anda semua suasana semasa Hari Perkabungan Negara pada hari ini. Hari ini kita menyambut kepulangan 20 Jenazah mangsa tragedi Kapal Terbang MH17 dibedil di satu kawasan yang berhampiran dengan Russia. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam dan bertafakur untuk mangsa-mangsa yang agamanya selain Islam. 

Terlebih dahulu marilah bersama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi MH17, Al-Fatihah.....Moga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Dalam masa yang sama SC melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dengan izin terimalah ketentuan ini seadanya kerana kita yang ada ini perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dan yang pergi tak akan kembali lagi.

Bersabarlah kepada semua keluarga mangsa kerana ini adalah sebahagian daripada Qada' dan Qadar Allah dan ianya juga sebahagian daripada ujian Allah terhadap umatnya. SC juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mereka bertungkus lumus bagi memastikan jenazah mangsa ini dapat dibawa pulang dengan selamat. 

SC berharap sebarang bentuk program berbentuk hiburan hendaklah dibatalkan hari ini bagi memastikan ia tidak menyiksa roh si mati. Kepada rakyat Malaysia seluruh negara marilah kita tunjukkan solidariti kita dengan sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang separuh tiang tidak kiralah di pejabat, rumah ataupun kawasan perniagaan kita.

Sebagai penutup, kepada yang masih hidup marilah kita teruskan hidup kita yang penuh berliku ini kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati cuma masa dan ketika sahaja kita tidak ketahuinya.Apa yang lepas kita biarkan ia berlalu marilah kita bersatu hati membangunkan bumi bernama Malaysia.

No comments:

Post a Comment