Followers

Thursday, December 6, 2012

Rumah Sewa Di Kota Bharu

LAMA juga SC tidak mengemaskini blog ini, bukan sengaja SC tidak mengemaskini blog ini tetapi terpaksa kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi penulis, kebetulan pada hari ini SC mempunyai sedikit kelapangan waktu jadi SC mengambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini.

Rumah Sewa Di Kota Bharu menjadi topik SC pada kali ini, hendak menjadi cerita baru-baru ini tuan punya rumah sewa yang disewa SC telah meminta SC mengosongkan rumahnya kerana anak saudara beliau mahu menetap di rumah berkenaan. Oleh yang demikian terpaksalah SC berhempas-pulas mencari rumah sewa baru.

Setiap kali balik kerja SC akan membuka laman mudah.my untuk mencari kalau-kalau ada rumah untuk disewa di sekitar Kota Bharu yang berdekatan dengan Jalan Kebun Sultan, namun setiap kali SC membukanya tiada satu pun rumah sewa yang di dapati cuma yang ada di Pengkalan Chepa, ini memeningkan SC kebetulan housemate SC kebanyakkanya pelajar yang tiada kenderaan sendiri. 

Tak taulah SC kenapa susah sangat nak dapat rumah sewa sekitar bandar Kota Bharu ni, mungkin orang Kelantan ni lebih bijak menguruskan aset, kebanyakkan rumah-rumah yang mereka ada tidak dijadikan rumah sewa sebaliknya mereka lebih gemar menjadikanya homestay ataupun rumah tumpangan. Mana taknya mereka akan dapat pulangan yang lebih lumayan dengan membuat rumah mereka menjadi homestay paling penting mereka akan dapat duit dahulu sedangkan rumah sewa mereka terpaksa menunggu sehingga hujung bulan untuk mendapatkan bayaran.

Daripada kesusahan SC untuk mencari rumah sewa timbul idea di benak fikiran SC bahawa kenapa kalau aku tak buat bilik sewa, dalam pada itu terjumpa pula satu bangunan yang sewanya yang agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan yang lain, SC akan berusaha untuk membuat bilik sewa di bangunan itu.

Kesimpulanya di sini, sekiranya korang semua nak cari rumah sewa dekat area sini sememangnya susah sekali, sekiranya korang nak menetap di Kota Bharu dan nak mencari rumah sewa adalah lebih baik korang cari tiga bulan lebih awal daripada tarikh korang nak menetap. Kalau tak susah korang nanti.

SC: Memang susah nak mencari rumah sewa di Kota Bharu.

8 comments:

  1. Salam.
    sedang search rumah sewa kota bharu terjumpa post ni.
    memang susah nk cari rumah sewa di KB ni.
    tgh berhempas pulas ni.
    kena kosongkan rumah lama by end of dis month.
    mana nak campak barang2 umah lama tu sume..huhuhu...

    *klu SC ada info, share ek..
    sy keje di UMK, klu ada area pengkalan chepa tu cantik sgtla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH kalau SC dapat info SC akan beritahu

      Delete
  2. salam, area tanjung mas, kota bharu jalan pengkalan chepa ada byk umh sewa..kakak ipar saya pun ada menyewakan umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pelajr kptm nk cri umah sewa skunk nie

      Delete
    2. assalam, sy pljr KTD ,, sy nk cr room rent ada x ? jika ada sila pm sy 0138963635

      Delete
    3. Asalamualikum..sy tahu blog ni dh lama.. tp harap dpt membantu sy.. sy nk cari rmah sewa area tanjung mas tu..kakak ipar awk masih ada rumah kosong tak.? Kalau ada bole email sya kat lramadyati@gmail.com dgn segera... ingat nak masuk menyewa bulan sept 2015 ni

      Delete
  3. Assalamualaikum. Harap sgt klu bleh bantu saya. Saya mncari rumah sewa dkt area KB utk satu family. Urgent sbb tuan rumah skrg mntk kosongkn rumah hujung bln 10 ni. Tgh mncari lalu trjmpa post ni. Manala nk ltak satu family klu x jmpa rumah. Hrp bantu

    ReplyDelete
  4. hai SC,awk dh buat ke bilik utk disewa kat jalan kebun sultan?. if ada,, i want it,, nak mausk 18 Jun 2016 ni,, if ada PM saya 0145216079, atau email kat nursyahirahzulkipli@gmail.com

    ReplyDelete