Followers

Thursday, March 20, 2014

Doa dan Harapan Untuk MH370

MAS MH370
SC percaya ramai yang berada di luar sana masih menanti-nantikan apakah kesudahan pencarian pesawat MH370 yang dimiliki MAS dan sudah beberapa hari hilang dan belum ditemui hingga kini. Bermacam-macam polemik yang timbul ekoran kehilangan pesawat MH370 ini termasuklah isu-isu perbomohan untuk mencari pesawat ini sehinggakan wujud satu permainan maya bomoh yang hampir sama tugasnya dengan bomoh yang cuba mencari pesawat MH370 dengan menggunakan peralatan perbomohan yang pelik-pelik sehingga menjadi isu hangat terutamanya di dalam dunia maya. 

SC tidak berminat untuk turut sama berpolemik berhubung isu kehilangan pesawat MAS MH370 ini, apa yang ingin SC kongsi bersama anda semua ialah marilah bersama-sama kita berdoa agar pesawat MH370 lebih cepat ditemui berbanding kita terus berpolemik mengeni isu MH370 ini.

Doa Untuk MH370

YA ALLAH YA TUHANKU
KAU BERILAH PETUNJUK KEPADA PASUKAN KESELAMATAN NEGARA
JADIKAN USAHA-USAHA UNTUK MENCARI PESAWAT MH370 MENEMUI KEJAYAAN
YA ALLAH YA TUHANKU KAU LINDUNGILAH KESELAMATAN PARA PENUMPANG, ANAK KAPAL DAN KREW MH370
YA ALLAH KAU BERILAH PETUNJUK SIAPA PUNYA ANGKARA MH370 HILANG
YA ALLAH JAUHILAH PARA PENUMPANG MH370 DARIPADA SEBARANG BALA BENCANA

Sajak Untuk MH370

Wahai pesawat MH370 di mana kau berada
Puas sudah kami mencari tetapi bertemunya tiada
ke Koridor Utara kah kamu atau ke Koridor Selatan sepi tiada berita
Wahai pesawat MH370 cepatlah kau kelihatan dan bebaslah kau dari bala bencana

Laut China Selatan Sudah kami cari
Selat Melaka telah kami redahi
Tetapi kelibat MH370 tiada kelihatan hingga kini
Walaupun penat pasukan pencari tetap gagah diri untuk mencari

MH370 sudah banyak hari kami mencari
Kemanakah kau pergi menyendiri
Selamatkah penumpang tidak kami ketahui

Kami rakyat Malaysia berdoa penuh harapan
Agar misi mencari menemui kejayaan
Cepatlah berakhir sebuah penantian
Tak sanggup lagi kami lalui penantian yang penuh penyiksaan. 

SC: Sama-samalah kita berdoa....

Saturday, March 1, 2014

Ah Long oh Ah Long

RASA-RASAnya telah lama juga SC tidak menyumbang sesuatu di dalam blog milik SC ini. SC pohon maaf kepada semua pembaca setia blog SC kerana sejak kebelakangan ni SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC yang tak dapat SC elakkan.

Kebetulan pada hari ini SC ada masa terluang jadi SC ingin berkongsi sesuatu untuk anda semua. Hari ini SC ingin berkongsi berkenaan dengan Ah Long. Perlu diingatkan di sini artikel ini berdasarkan pengalaman sebenar SC sebagai peminjam Ah Long, boleh dikatakan ini adalah kisah benar yang memang sebenar-benarnya benar.

Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lalu pada tahu 2013. Hendak dijadikan cerita kerana terlalu ghairah nak berniaga SC mengambil 'langkah sumbang' apabila terjebak dengan skim pinjaman yang ditawarkan Ah Long. Mungkin pada waktu itu SC terlalu 'ghairah' nak berniaga sampai terlupa kesan dan akibat daripada pinjaman Ah Long. 

Tak sampai satu jam permohonan pinjaman yang SC buat dekat Ah Long tersebut telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 3,000.00. Walaupun pinjaman yang SC buat RM 3,000.00 tetapi apa yang SC dapat hanyalah RM2,100.00 selepas 'dipotong kepala' oleh Ahlong tersebut.

Sebelum SC terlupa, Ah Long tersebut telah memberitahu SC yang 'bunga wajib' yang SC perlu bayar adalah RM400 seminggu tanpa menghiraukan beban bunga tersebut SC terus sanggup dengan apa yang dicadangkan Ah Long tersebut. 

Beberapa bulan kemudian, akhirnya SC menerima padah apabila Ah Long tersebut meminta supaya SC membayar semua pinjaman pokok dan tidak lagi boleh cuma membayar bunga sahaja sepertimana yang SC buat sebelum ini. Tempoh masa untuk menyelesaikan pinjaman pokok tersebut terlalu singkat dan akhir sekali SC ternyata gagal untuk menjelaskan pinjaman pokok tersebut.

Kegagalan SC menjelaskan 'pinjaman pokok' tersebut dalam masa yang singkat seperti yang dituntut oleh Ah Long tersebut ternyata membuatkan Ah Long tersebut 'naik minyak'. Lantas Ah Long tersebut mengarahkan 'askar upahan' untuk menuntut pinjaman tersebut daripada SC. Askar Upahan tersebut merupakan seorang melayu yang berstatus Ayahnda yang juga merupakan 'penarik kereta' yang terkenal. 

Setiap hari SC dihujani panggilan yang berbaur 'ugutan' oleh Askar Upahan tersebut dan SC terus hidup dalam ketakutan, sebagai langkah keselamatan SC terus membuat laporan Polis berhubung ugutan tersebut dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bantuan beberapa rakan yang membantu dengan memperkenalkan kepada Abang Long Kawasan dan beliaulah yang mengatur pertemuan untuk menyelesaikan hal ini secara baik. 

Hasilnya SC diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan hutang pinjaman tersebut secara ansur-ansur tanpa bunga. Akhirnya SC berjaya menyelesaikan segala hutang-hutang tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan. 

Itulah kisah pengalaman SC berhubung dengan berurusan dengan pinjaman Ah Long ini. 

SC: Jangan sekali-kali anda meminjam dengan Ah Long nescaya buruk akibatnya sekiranya anda meminjamnya.