Followers

Saturday, December 29, 2012

Banjir 2012 Pantai Timur

BARU-BARU ini satu bencana alam yang menimpa menjadi kelaziman setiap bulan Disember tiap-tiap tahun di negeri-negeri Pantai Timur. SC semua dah tahu apa negeri-negeri yang terletak di bawah Pantai Timur, tetapi untuk lebih berkesan adalah lebih elok SC nyatakan bahawa negeri-negeri di Pantai Timur ialah Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Banjir di penghujung Disember 2012 mungkin akan meninggalkan kesan mendalam terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir,sebenarnya banjir ini adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. terhadap kita oleh yang demikian kita perlulah lalui laluan sukar ini dengan penuh sabar.

Oleh kerana isu banjir masih hangat diperkatakan kali ini SC akan cuba berkongsi maklumat mengenai banjir yang telahpun melanda di kesemua negeri di Pantai Timur. Mungkin kejadia banjir yang menimpa kawan-kawan kita boleh dijadikan iktibar untuk kita.


Smiley face
Smiley face

Marilah bersama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tempat kita tidak dilanda banjir. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa-mangsa banjir sentiasa tabah mengharungi dugaan yang menimpa mereka. Ingat hari ini mungkin hari mereka diuji mana tahu akan datang kita pula akan diuji. 

SC: Bersama-samalah kita membantu mangsa banjir....

Thursday, December 6, 2012

Rumah Sewa Di Kota Bharu

LAMA juga SC tidak mengemaskini blog ini, bukan sengaja SC tidak mengemaskini blog ini tetapi terpaksa kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi penulis, kebetulan pada hari ini SC mempunyai sedikit kelapangan waktu jadi SC mengambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini.

Rumah Sewa Di Kota Bharu menjadi topik SC pada kali ini, hendak menjadi cerita baru-baru ini tuan punya rumah sewa yang disewa SC telah meminta SC mengosongkan rumahnya kerana anak saudara beliau mahu menetap di rumah berkenaan. Oleh yang demikian terpaksalah SC berhempas-pulas mencari rumah sewa baru.

Setiap kali balik kerja SC akan membuka laman mudah.my untuk mencari kalau-kalau ada rumah untuk disewa di sekitar Kota Bharu yang berdekatan dengan Jalan Kebun Sultan, namun setiap kali SC membukanya tiada satu pun rumah sewa yang di dapati cuma yang ada di Pengkalan Chepa, ini memeningkan SC kebetulan housemate SC kebanyakkanya pelajar yang tiada kenderaan sendiri. 

Tak taulah SC kenapa susah sangat nak dapat rumah sewa sekitar bandar Kota Bharu ni, mungkin orang Kelantan ni lebih bijak menguruskan aset, kebanyakkan rumah-rumah yang mereka ada tidak dijadikan rumah sewa sebaliknya mereka lebih gemar menjadikanya homestay ataupun rumah tumpangan. Mana taknya mereka akan dapat pulangan yang lebih lumayan dengan membuat rumah mereka menjadi homestay paling penting mereka akan dapat duit dahulu sedangkan rumah sewa mereka terpaksa menunggu sehingga hujung bulan untuk mendapatkan bayaran.

Daripada kesusahan SC untuk mencari rumah sewa timbul idea di benak fikiran SC bahawa kenapa kalau aku tak buat bilik sewa, dalam pada itu terjumpa pula satu bangunan yang sewanya yang agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan yang lain, SC akan berusaha untuk membuat bilik sewa di bangunan itu.

Kesimpulanya di sini, sekiranya korang semua nak cari rumah sewa dekat area sini sememangnya susah sekali, sekiranya korang nak menetap di Kota Bharu dan nak mencari rumah sewa adalah lebih baik korang cari tiga bulan lebih awal daripada tarikh korang nak menetap. Kalau tak susah korang nanti.

SC: Memang susah nak mencari rumah sewa di Kota Bharu.