Followers

Monday, August 8, 2011

Kuih Jala Emas


APABILA kita berada di bulan puasa ini adalah tidak sah kalau kita tidak bercakap mengenai Juadah Berbuka Puasa. Oleh yang demikian pada kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang dijadikan juadah untuk berbuka puasa. Kuih ini lebih dikenali dengan nama Jala Emas.

Jala Emas adalah sejenis kuih yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim. Jala Emas boleh dikategorikan sebagai Kuih Tradisional, walau bagaimanapun Jala Emas terdapat dalam versi yang berbeza mengikut kawasan mereka yang membuat kuih tersebut.

Sebagai Contoh kalau di Kelantan pembuat Jala Emas biasanya akan membuat Jala Emas yang lebih manis rasanya, lain pula di Besut, Terengganu pembuat Jala Emas di daerah ini biasanya membuat Jala Emas yang tidak lah begitu manis seperti Jala Emas Kelantan.

SC rasa tidak salah kalau SC kongsikan sedikit resipi untuk membuat Jala Emas, Resipi untuk membuat Jala Emas adalah sepertimana di bawah ini:

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
15 Biji Telur Ayam, Ambil Telur Kuning Sahaja
400g Gula Halus (Boleh dikurangkan Jika Suka Kurang Manis)
2/3 Helain Daun Pandan
4 Cawan Air dan Daun Pisang untuk dibuat corong

Cara Penyediaan:

Tapis kuning telur dan pukul sedikit Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut. Angkat dan ’tos’kan. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu. Hidangkan p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

SC: Semoga Resipi ini bakal menjadi panduan buat korang semua, Selamat Berbuka Puasa...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment