Followers

Sunday, July 31, 2011

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

ALHAMDULLILAH akhirnya kita bertemu di bulan yang penuh keberkatan dan seribu rahmat ini setelah SC sekian lama tidak dapat mengemaskini blog milik SC kerana sibuk dengan tugas-tugas harian SC yang semakin hari semakin menimbun tugasanya.

SC bersyukur ke hadrat Ilahi kerana SC diberi kesempatan untuk mengemaskini blog milik SC pada bagi bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semalam juga SC berkesempatan menunanaikan Solat Sunat Terawikh berjemaah di Masjid Al-Quddus, Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan.

SC berdoa agar SC diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan dan terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan Ibadah ini. Hari ini adalah hari pertama umat-umat Islam di seluruh Malaysia menunaikan Ibadah Puasa.

Bercakap mengenai Ibadah Puasa SC ingin berkongsi dengan korang semua iaitu satu video niat Puasa mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua pembaca setia mahupun pembaca baru blog SC ini.

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan




SC sebenarnya baru selesai bersahur, Kali ini menu sahur SC ialah Maggi Goreng apa nak buat inilah nasib berpuasa di negeri orang. Waktu berbuka karang tak tahu lagi berbuka dengan apa.

Sebut kata berbuka, SC ingin berkongsi dengan korang semua satu video doa berbuka puasa untuk amalan korang semua setiap kali berbuka puasa.


Doa Berbuka Puasa

SC: SC berharap pada Ramadhan tahun ini SC berkemampuan untuk menyempurnakan sebagaimana Ramadhan tahun-tahun yang lalu.

Tuesday, July 19, 2011

Proton Inspira

HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia sekalian berkenaan dengan sebuah kereta keluaran Proton yang kini sudah menjadi kegilaan ramai iaitu Proton Inspira. Secara jujurnya dari segi rekabentuk kereta ini ia hampir menyerupai kereta Mitsubishi Lancer Evolution.

Mungkin dengan kehadiran model keluaran Proton ini, akan membuka ruang kepada di mana kereta impianya adalah Mitsubishi Lancer Evolution yang kurang dari segi kemampuan kewanganya untuk mendapatkan Proton Inspira yang hampir-hampir seiras dengan Mitsubishi Lancer Evolution.

SC percaya di luar sana terdapat ramai yang meminati kereta Mitsubishi Lancer Evolution ini. Jadi amatlah berbaloi sekiranya mereka kurang dari segi kemampuan kewangan untuk memiliki Proton Inspira dengan kata lain Proton Inspira adalah alternatif kepada Mitsubishi Lancer Evolution.

Berikut adalah spesifikasi Proton Inspira:

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga cadangan : RM 79,xxx.xx

4B11

Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx

Di bawah ini pula adalah gambar-gambar yang berkaitan dengan Proton Inspira:

Starflower


Starflower


Starflower


Berikut Pula Video Mengenai Proton Inspira:

SC: Apa tunggu lagi dapatkan sebuah Proton Inspira di Pasaran sekarang.

Wednesday, July 13, 2011

Basikal Fixie / Fixie Bikes


TELAH LAMA SC tidak dapat mengemaskini blog SC ini kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas penting SC yang menjadi rutin harian penulis secara kebetulan hari SC mempunyai masa terluang untuk mengemaskini blog milik SC jadi SC tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengemaskini blog milik SC ini.

HARI INI SC memilih untuk bercerita mengenai satu trend baru yang melanda tanah air kita iaitu tren berbasikal menggunakan sejenis basikal yang dikenali dengan nama "Fixie Bike". Hari ini remaja kita semakin ramai yang tergil-gilakan basikal yang berasal daripada Jepun ini.

Begitulah orang kita sentiasa suka meniru, mengikut maklumat yang SC terima basikal-basikal Fixie ini harganya bermula daripada RM280 dan hingga ada yang mencecah ribuan ringgit, jadi terpulang kepada peminat basikal ini untuk memilih basikal daripada kategori harga mana bergantung di atas kemampuan masing-masing.

Video Fixie Bike
SC: Marilah bersama-sama kita teruskan kayuhan kita hingga garisan penamat lets go....