Followers

Saturday, August 6, 2011

Animasi Dikir Besut

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia SC ucapkan kepada semua pembaca terutamanya pembaca setia blog Sembang Cerita. Terima kasih kerana terus menjadi pembaca setia blog Sembang Cerita.

Dalam artikel kali ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah animasi yang dikenali dengan nama Animasi Dikir Besut. Animasi Dikir Besut ini rentetan daripada sebuah persembahan Dikir Barat yang diadadakan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, apa yang menariknya dalam dikir tersebut ia menampilkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan Mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Kali ini Dikir Besut itu diterbitkan dalam bentuk Animasi dan menjadikan lagu Dikir Besut tersebut bertambah Kreatif. Bagi pembaca yang tak sabar-sabar untuk menonton Video Animasi Dikir Besut bolehlah menontonya di bawah ini:

Video Animasi Dikir Besut


Semoga korang semua terhibur dengan apa yang SC kongsikan dengan korang semua ini. Sementara itu SC nak ucapkan Majulah Dikir Barat untuk negara.

SC: Tontonlah video ini sepuas hati korang, kalau boleh hafal lirik sekali hahaha

1 comment:

  1. Assalamualaikum...saya ingin mendapatkan animasi dikir barat yang mola2 dulu....yng gagap tu jadi hos di atas pentas...terima kasih

    ReplyDelete