Followers

Wednesday, December 7, 2011

Boboiboy

HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua kali ini topik yang menjadi pilihan SC ialah sebuah animasi Buatan Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya Made in Malaysia Animations. Animasi ini sungguh menarik dan hebat siapa sangka orang Malaysia juga boleh menerbitkan animasi yang tinggi kualitinya.

Animasi yang SC maksudkan ialah Boboiboy, SC percaya peminat Boboiboy di luar sana bukan terdiri daripada kanak-kanak semata-mata malah ada juga orang dewasa yang meminati animasi ini termasuklah SC sendiri yang sememangnya meminati animasi ini.

Tidak keterlaluan jika SC katakan Boboiboy boleh diletakkan setaraf dengan Animasi Barat seperti BEN10 kalau tak setaraf pun ia mungkin hampir setaraf. Tahniah kepada penerbit Animasi Boboiboy kerana mereka berjaya melakukan perubahan yang besar ke atas pentas animasi negara. Tahniah SC ucapkan di atas kesungguhan anda.

Bagi korang semua yang masih belum menonton Boboiboy bolehlah mula menonton sekarang. Jika anda ingin petunjuk terlebih dahulu sebelum menonton animasi tersebut korang bolehlah menonton trailer Boboiboy sepertimana dimuatkan di bawah ini:



SC: Boboiboy memang best lah...jangan lupa tengok ya kawan-kawan

1 comment: