Followers

Tuesday, February 7, 2012

Gara-Gara Anjing

PETANG tadi SC meluangkan masa untuk membaca blog Mat Kecoh, Sungguhpun blog Mat Kecoh ini masih lagi baru tetapi bilangan pelawatnya terus meningkat dari hari ke sehari. SC rasa banyak juga maklumat yang berguna yang dimuatkan di dalam blog ini.

Satu perkara yang membuatkan hati SC tersentuh ialah maklumat mengenai seorang warga emas yang ditimpa kemalangan dek kerana hampir melanggar anjing. Mengikut maklumat anjing itu bukanya anjing liar tetapi anjing yang dipelihara seseorang. Sumber: boleh dibaca di sini.

Satu perkara yang tak patut terjadi, entah ke mana perginya tuan anjing itu sehinggakan membiarkan haiwan itu bebas berkeliaran dan membahayakan keselamatan orang awam di luar sana. Sepatutnya tuan anjing itu tidak membiarkan anjing peliharaan mereka berkeliaran.

SC juga setuju dengan cadangan Mat Kecoh kepada keluarga mangsa agar mengheret tuan anjing itu ke muka pengadilan dan disaman kerana cuai di dalam menjaga anjing peliharaanya. Ini adalah cara terbaik untuk memberi peringatan mereka yang gagal memelihara anjing mereka dengan baik. 

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan perlulah mengadakan operasi untuk menangkap anjing-anjing yang berkeliaran ini kerana ia membahayakan nyawa orang ramai. Nasihat SC kepada pemelihara-pemelihara anjing pula, janganlah biarkan anjing anda berkeliaran.

SC: Kalau nak pelihara anjing tu peliharalah elok-elok jangan sampai menyusahkan orang.

Sunday, February 5, 2012

Kenderaan Aneh

WOW! Panas juga cuaca hari ini, di kepanasan cuaca hari ini SC ingin berkongsi dengan korang semua satu gambar yang boleh dikira aneh dan kreatif. Sebenarnya SC kurang pasti nak letak gambar aneh ke gambar kreatif tetapi rasa-rasanya gambar ini ada kedua-duanya pertama yang aneh kedua yang kreatif. 

Sekali pandang tampak menarik juga kenderaan ini yang dihias sebegitu rupa. SC tidak pasti pula adakah hiasan-hiasan yang diletakkan di kenderaan itu adalah bahan terbuang ataupun barang baru yang masih hangat di pasaran. 

SC juga kurang pasti bahawa adakah kenderaan ini gambarnya di ambil di Malaysia ataupun gambarnya diambil di luar negara. Maaf kos pengubahsuaian kenderaan ini juga tidak di dapati. Namun tidak bermakna kita tidak boleh kongsikan dengan orang lain kan.

Warna kenderaan ini yang bewarna hitam menampakkan lagi betapa eksklusifnya kenderaan ini. Tak tahulah timbulnya idea tuan punya kenderaan ini nak buat kenderaanya kelihatan sebegitu rupa, tetapi tak mengapa inikan yang dinamakan idea kreatif. 

SC nak tanya ni, adakah korang sanggup bersiar-siar dengan kenderaan sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar tersebut? Soalan SC ini sekadar bertanya sahaja bukanlah timbul niat di hati SC untuk menjadi agen pemasaran untuk kenderaan tersebut. 

Korang rasa kalau ada kat Malaysia ni kenderaan ni dapat sambutan ke tak? SC rasa sudah tentu ia akan mendapat sambutan hangat tambahan pula kenderaan ini bentuknya lain daripada yang lain. Memang unik sekali...kalau diberi peluang SC pun rasa nak naik kenderaan ini. 

SC: Hebat sekali kenderaan ini......Wow di mana lah nak dapat kenderaan ini.

Saturday, February 4, 2012

Evo Polis Kejar Proton Satria GTi

HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah video yang eksklusif yang memuatkan adegan kejar mengejar Skuad Helang Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Kereta Peronda terbaru PDRM iaitu Mitsubishi Evo.

Hebat juga Skuad Evo PDRM ini beraksi, nampaknya mereka tidak berputus asa dan mengejar suspek sehinggalah suspek itu tertangkap. SC rasa dalam masa-masa akan datang PDRM perlu menambah Kereta Peronda yang berkuasa tinggi untuk memudahkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan.

Selepas ini, SC berharap kerajaan menyediakan kereta-kereta Peronda Polis yang lebih canggih dan berupaya mengejar kereta yang berkuasa tinggi. Mungkin Mitsubishi Evo ini sudah memadai namun adalah lebih elok Kereta Peronda Polis menggunakan Kereta yang lebih berkuasa tinggi contohnya Ferari ke...apa ke... Subaru Impreza ke....

Walauapapun SC mengucapkan tahniah kepada Skuad Elit PDRM kerana berjaya menangkap suspek-suspek yang dikehendaki dengan adanya kereta Peronda Polis sepertimana Mitsubishi EVO ini.





SC: Tak boleh bayang kalau polis betul-betul pakai Ferari.