Followers

Tuesday, February 7, 2012

Gara-Gara Anjing

PETANG tadi SC meluangkan masa untuk membaca blog Mat Kecoh, Sungguhpun blog Mat Kecoh ini masih lagi baru tetapi bilangan pelawatnya terus meningkat dari hari ke sehari. SC rasa banyak juga maklumat yang berguna yang dimuatkan di dalam blog ini.

Satu perkara yang membuatkan hati SC tersentuh ialah maklumat mengenai seorang warga emas yang ditimpa kemalangan dek kerana hampir melanggar anjing. Mengikut maklumat anjing itu bukanya anjing liar tetapi anjing yang dipelihara seseorang. Sumber: boleh dibaca di sini.

Satu perkara yang tak patut terjadi, entah ke mana perginya tuan anjing itu sehinggakan membiarkan haiwan itu bebas berkeliaran dan membahayakan keselamatan orang awam di luar sana. Sepatutnya tuan anjing itu tidak membiarkan anjing peliharaan mereka berkeliaran.

SC juga setuju dengan cadangan Mat Kecoh kepada keluarga mangsa agar mengheret tuan anjing itu ke muka pengadilan dan disaman kerana cuai di dalam menjaga anjing peliharaanya. Ini adalah cara terbaik untuk memberi peringatan mereka yang gagal memelihara anjing mereka dengan baik. 

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa tempatan perlulah mengadakan operasi untuk menangkap anjing-anjing yang berkeliaran ini kerana ia membahayakan nyawa orang ramai. Nasihat SC kepada pemelihara-pemelihara anjing pula, janganlah biarkan anjing anda berkeliaran.

SC: Kalau nak pelihara anjing tu peliharalah elok-elok jangan sampai menyusahkan orang.

No comments:

Post a Comment