Followers

Friday, August 22, 2014

Hari Perkabungan Negara - 22 Ogos 2014 Hari Jumaat

SC hari ini berkongsi dengan anda semua suasana semasa Hari Perkabungan Negara pada hari ini. Hari ini kita menyambut kepulangan 20 Jenazah mangsa tragedi Kapal Terbang MH17 dibedil di satu kawasan yang berhampiran dengan Russia. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam dan bertafakur untuk mangsa-mangsa yang agamanya selain Islam. 

Terlebih dahulu marilah bersama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi MH17, Al-Fatihah.....Moga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Dalam masa yang sama SC melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dengan izin terimalah ketentuan ini seadanya kerana kita yang ada ini perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dan yang pergi tak akan kembali lagi.

Bersabarlah kepada semua keluarga mangsa kerana ini adalah sebahagian daripada Qada' dan Qadar Allah dan ianya juga sebahagian daripada ujian Allah terhadap umatnya. SC juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mereka bertungkus lumus bagi memastikan jenazah mangsa ini dapat dibawa pulang dengan selamat. 

SC berharap sebarang bentuk program berbentuk hiburan hendaklah dibatalkan hari ini bagi memastikan ia tidak menyiksa roh si mati. Kepada rakyat Malaysia seluruh negara marilah kita tunjukkan solidariti kita dengan sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang separuh tiang tidak kiralah di pejabat, rumah ataupun kawasan perniagaan kita.

Sebagai penutup, kepada yang masih hidup marilah kita teruskan hidup kita yang penuh berliku ini kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati cuma masa dan ketika sahaja kita tidak ketahuinya.Apa yang lepas kita biarkan ia berlalu marilah kita bersatu hati membangunkan bumi bernama Malaysia.

Friday, August 15, 2014

Motorola Moto E

SC memilih hari ini sebagai hari untuk berkongsi mengenai satu produk telefon pintar yang baru sahaja dikeluarkan oleh Motorola. Telefon pintar tersebut adalah Motorola Moto E. SC merasakan maklumat yang SC akan berikan ini mungkin juga boleh digunakan oleh anda semua untuk membuat keputusan adakah perlu membeli gajet ini atau tidak.





Maklumat Telefon Pintar Adalah Sebagaimanan berikut:

Pengeluar: Motorola
OS: Android 4.2 Kitkat
Model: Motorola Moto E

Saiz: 124.8 x 64.8 x 12.3 mm
Berat: 142g
Saiz Skrin Paparan: 4.3
Memori Capaian Rawak (RAM): 1GB
Kapasiti Telefon: 4GB
Kelajuan Unit Pemprosesan Pusat (CPU): 1.20GHz
Model CPU: Dual Core Cortex-A7
Kamera: 5.0 Megapixels.

Jenis Bateri: 
Non-Removable Li-ion 1980 mAh

Cipset Grafik: Qualcomm Snapdragon 200

- Pemain DivX/mp3/eAAC+/WAV/Flac/WMV/MP4/H.263/H.264.
- Storan Google (50GB Cloud Storage).
- Organiser
- Memo Suara/ Dail Suara.

Jenis Kad Sim: Dwi Kad Sim
Jenis Input: Skrin Sentuh Warna 16m.
Harga: RM369.00

Beli Sekarang di Lazada.



Video Motorola Moto E

SC: Tunggu apa lagi belilah sekarang !!!

Friday, August 8, 2014

Jahanam, Celaka Kau Israel!

SEMPENA kita masih lagi berada bulan Syawal yang mulia ini terlebih dahulu SC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog ini, di kesempatan ini juga SC ingin memohon ampun sekiranya ada salah dan silap yang SC lakukan sebelum ini. SC hanyalah manusia biasa yang tidak lekang melakukan kesalahan.

Di kesempatan ini juga SC ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang dibedil di Ukraine pada bulan Ramadhan yang lalu. SC berharap keluarga mangsa dapat bersabar kerana ini adalah sebahagian daripada ketentuan Ilahi, di mana kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua lah yang akan membuat perancangan itu menjadi realiti atau sebaliknya. 

Selain tragedi MH17, SC juga bersimpati dengan apa yang terjadi dengan saudara seagama kita di Palestin yang kini dihujani peluru berpandu, roket dan bedilan tentera Yahudi Laknatullah iaitu Israel. Hampir setiap hari ada sahaja mereka yang tidak berdosa terkoban kerana menjadi mangsa pemangsa yang bernama Israel. SC bingkiskan satu puisi untuk sama-sama kita merasai derita rakyat Palestin dek kerana kekejaman Rejim Israel. 

Jahanam, Celaka Kau Israel

Jahanam Kau Israel 
Kanak-kanak tak berdosa kau bunuh
Celaka Kau Israel 
Masjid Kau bedil dengan rakus dan angkuh

Jahanam Kau Israel
Orang awam turut menjadi mangsa kau
Celaka Kau Israel
Kau tak peduli apa dunia kata pada kau

Jahanam Kau Israel
Kaulah pengganas dunia
Celaka kau Israel
Ganasnya kau lebih dari pengganas yang ada di dunia

Jahanam Kau Israel
Bilakah negara kau dapat menerima bala bencana
Celaka kau Israel 
Kami Umat Islam seluruh dunia tidak akan maafkan kau sampai bila-bila

Jahanam Kau Israel
Kau guna burung besi untuk mengebom Palestin
Celaka Kau Israel 
Kau Guna Kenderaan besi untuk membedil Palestin

Jahanam Kau Israel
Kau terus angkuh dengan kencanggihan senjatamu
Celaka Kau Israel
Tanah di Palestin bukan milik kau malah tanah yang kau tinggal sekarang bukan juga milik kau

Jahanam Kau Israel 
Hari-hari kau cabut nyawa rakyat Palestin
Celaka kau Israel
Ramai yang tak berdosa menjadi mangsa tanpa belas kasihan

Ayuh bangkitlah Umat Islam seluruh dunia
Bersatulah kita demi Palestin
Bersama kita mengheret Israel ke muka pengadilan dunia
Sampai masanya kita berjuang habis-habisan.

Friday, June 13, 2014

Cuti MC IKhairy Jamaluddin Tidak Lulus

HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan satu 'tweet' yang menjadi perbualan hangat hari ini. Malah kebanyakkan akhbar arus perdana pun membincangkan perkara yang sama. Kisahnya terjadi apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin cuba bergurau dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. SC percaya gurauan Khairy tersebut mungkin ada kaitan dengan kehangatan demam  Piala Dunia yang melanda kebanyakkan negara tidak terkecuali Malaysia.

SC difahamkan KJ mencuba nasib membuat permohonan cuti melalui twitter kononya beliau demam lalu dibalas 'tweet' KJ oleh DS Najib Tun Razak "Anda cukup sihat untuk menghadiri Mesyuarat Kabinet" di dalam Bahasa Inggeris. 

Kemudian KJ membalas "Pengajaran kepada semua kepada mereka-mereka yang kelentong bos mereka semasa World Cup".

SC: Nampaknya KJ tak dapatlah nak kelentong PM DS Najib Tun Razak..HA HA HA

Thursday, March 20, 2014

Doa dan Harapan Untuk MH370

MAS MH370
SC percaya ramai yang berada di luar sana masih menanti-nantikan apakah kesudahan pencarian pesawat MH370 yang dimiliki MAS dan sudah beberapa hari hilang dan belum ditemui hingga kini. Bermacam-macam polemik yang timbul ekoran kehilangan pesawat MH370 ini termasuklah isu-isu perbomohan untuk mencari pesawat ini sehinggakan wujud satu permainan maya bomoh yang hampir sama tugasnya dengan bomoh yang cuba mencari pesawat MH370 dengan menggunakan peralatan perbomohan yang pelik-pelik sehingga menjadi isu hangat terutamanya di dalam dunia maya. 

SC tidak berminat untuk turut sama berpolemik berhubung isu kehilangan pesawat MAS MH370 ini, apa yang ingin SC kongsi bersama anda semua ialah marilah bersama-sama kita berdoa agar pesawat MH370 lebih cepat ditemui berbanding kita terus berpolemik mengeni isu MH370 ini.

Doa Untuk MH370

YA ALLAH YA TUHANKU
KAU BERILAH PETUNJUK KEPADA PASUKAN KESELAMATAN NEGARA
JADIKAN USAHA-USAHA UNTUK MENCARI PESAWAT MH370 MENEMUI KEJAYAAN
YA ALLAH YA TUHANKU KAU LINDUNGILAH KESELAMATAN PARA PENUMPANG, ANAK KAPAL DAN KREW MH370
YA ALLAH KAU BERILAH PETUNJUK SIAPA PUNYA ANGKARA MH370 HILANG
YA ALLAH JAUHILAH PARA PENUMPANG MH370 DARIPADA SEBARANG BALA BENCANA

Sajak Untuk MH370

Wahai pesawat MH370 di mana kau berada
Puas sudah kami mencari tetapi bertemunya tiada
ke Koridor Utara kah kamu atau ke Koridor Selatan sepi tiada berita
Wahai pesawat MH370 cepatlah kau kelihatan dan bebaslah kau dari bala bencana

Laut China Selatan Sudah kami cari
Selat Melaka telah kami redahi
Tetapi kelibat MH370 tiada kelihatan hingga kini
Walaupun penat pasukan pencari tetap gagah diri untuk mencari

MH370 sudah banyak hari kami mencari
Kemanakah kau pergi menyendiri
Selamatkah penumpang tidak kami ketahui

Kami rakyat Malaysia berdoa penuh harapan
Agar misi mencari menemui kejayaan
Cepatlah berakhir sebuah penantian
Tak sanggup lagi kami lalui penantian yang penuh penyiksaan. 

SC: Sama-samalah kita berdoa....

Saturday, March 1, 2014

Ah Long oh Ah Long

RASA-RASAnya telah lama juga SC tidak menyumbang sesuatu di dalam blog milik SC ini. SC pohon maaf kepada semua pembaca setia blog SC kerana sejak kebelakangan ni SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas seharian SC yang tak dapat SC elakkan.

Kebetulan pada hari ini SC ada masa terluang jadi SC ingin berkongsi sesuatu untuk anda semua. Hari ini SC ingin berkongsi berkenaan dengan Ah Long. Perlu diingatkan di sini artikel ini berdasarkan pengalaman sebenar SC sebagai peminjam Ah Long, boleh dikatakan ini adalah kisah benar yang memang sebenar-benarnya benar.

Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lalu pada tahu 2013. Hendak dijadikan cerita kerana terlalu ghairah nak berniaga SC mengambil 'langkah sumbang' apabila terjebak dengan skim pinjaman yang ditawarkan Ah Long. Mungkin pada waktu itu SC terlalu 'ghairah' nak berniaga sampai terlupa kesan dan akibat daripada pinjaman Ah Long. 

Tak sampai satu jam permohonan pinjaman yang SC buat dekat Ah Long tersebut telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 3,000.00. Walaupun pinjaman yang SC buat RM 3,000.00 tetapi apa yang SC dapat hanyalah RM2,100.00 selepas 'dipotong kepala' oleh Ahlong tersebut.

Sebelum SC terlupa, Ah Long tersebut telah memberitahu SC yang 'bunga wajib' yang SC perlu bayar adalah RM400 seminggu tanpa menghiraukan beban bunga tersebut SC terus sanggup dengan apa yang dicadangkan Ah Long tersebut. 

Beberapa bulan kemudian, akhirnya SC menerima padah apabila Ah Long tersebut meminta supaya SC membayar semua pinjaman pokok dan tidak lagi boleh cuma membayar bunga sahaja sepertimana yang SC buat sebelum ini. Tempoh masa untuk menyelesaikan pinjaman pokok tersebut terlalu singkat dan akhir sekali SC ternyata gagal untuk menjelaskan pinjaman pokok tersebut.

Kegagalan SC menjelaskan 'pinjaman pokok' tersebut dalam masa yang singkat seperti yang dituntut oleh Ah Long tersebut ternyata membuatkan Ah Long tersebut 'naik minyak'. Lantas Ah Long tersebut mengarahkan 'askar upahan' untuk menuntut pinjaman tersebut daripada SC. Askar Upahan tersebut merupakan seorang melayu yang berstatus Ayahnda yang juga merupakan 'penarik kereta' yang terkenal. 

Setiap hari SC dihujani panggilan yang berbaur 'ugutan' oleh Askar Upahan tersebut dan SC terus hidup dalam ketakutan, sebagai langkah keselamatan SC terus membuat laporan Polis berhubung ugutan tersebut dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan bantuan beberapa rakan yang membantu dengan memperkenalkan kepada Abang Long Kawasan dan beliaulah yang mengatur pertemuan untuk menyelesaikan hal ini secara baik. 

Hasilnya SC diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan hutang pinjaman tersebut secara ansur-ansur tanpa bunga. Akhirnya SC berjaya menyelesaikan segala hutang-hutang tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan. 

Itulah kisah pengalaman SC berhubung dengan berurusan dengan pinjaman Ah Long ini. 

SC: Jangan sekali-kali anda meminjam dengan Ah Long nescaya buruk akibatnya sekiranya anda meminjamnya.