Followers

Wednesday, April 6, 2016

JOM HIKING DI BUKIT KELUANG


SETELAH beberapa bulan SC tidak mengemaskini blog ini, akhirnya hari ini SC ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini khas buat pengikut atau pembaca setia blog ini. Kesibukkan SC dengan tugas-tugas SC menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian blog ini tergendala oleh yang demikian SC memohon maaf di atas kesilapan SC ini. 



Pada artikel kali ini SC ingin mengajak anda semua untuk menikmati satu tarikan baru yang kini menjadi kegilaan ramai di Besut, Terengganu. Di daerah inilah letaknya sebuah bukit yang dinamakan sebagai Bukit Keluang. Tempat yang menjadi pilihan ramai yang meminati aktiviti 'hiking' di mana pengunjungnya bukan sahaja daripada dalam daerah Besut, malahan dari seluruh negara. 


Sebenarnya aktiviti 'hiking' di Bukit Keluang ini bukanlah satu aktiviti baru, malah ianya telah lama menjadi acara wajib mingguan SC semasa di bangku persekolahan dulu, malah SC menjadikan aktiviti hiking di Bukit Keluang itu sebagai latihan sebelum SC berangkat ke XPDC ke Gunung Tebu. Kata orang kita kena membiasakan diri kita dengan aktiviti pendakian agar kita tidak sukar sewaktu menyertai XPDC Gunung Tebu tersebut. Namun, pada waktu dulu aktiviti Hiking di Bukit Keluang ini tidak mendapat sambutan hangat sepertimana sekarang, dulu hanya sebilangan kecil sahaja yang meminati aktiviti lasak yang 'hiking' di Bukit Keluang. 

SC tidak pasti kenapa sejak akhir-akhir ini aktiviti Hiking di Bukit Keluang tiba-tiba 'meletup' dan menjadi kegilaan ramai. SC mengandaikan mungkin juga ia disebabkan aktiviti selfie yang menyebabkan ramai yang terliur untuk 'hiking' di Bukit Keluang. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aktiviti ini mendapat sambutan hangat di dalam dan luar Besut. 


Daripada pengalaman SC yang sudah banyak kali menawan puncak Bukit Keluang, SC merasakan satu pengalaman yang luar biasa dengan menjalankan aktiviti hiking di Bukit Keluang ini. Menarik sekali ialah panorama di atas Bukit Keluang yang begitu indah dan dari puncak itu juga kita mampu melihat pemandangan sekitar Besut dengan jelas terutamanya Menara Masjid Nasiruddin Shah, Kg. Raja Besut, Terengganu.

Tidak susah sebenarnya untuk menyertai aktiviti hiking di Bukit Keluang, memandangkan pihak kerajaan telah membuat trek yang mudah ringkas dan tidak perlu peralatan khusus untuk pendakian kerana trek yang disediakan juga memudahkan kita untuk membuat pendakian.

Namun, sewaktu zaman persekolahan SC dahulu, SC memilih tidak mengikut trek tersebut, SC lebih gemar mendaki mengikut laluan yang mencabar kerana walaupun mencabar tetapi perjalanan ke puncak adalah lebih singkat daripada mengikut trek yang disediakan. Namun, jika anda tidak biasa dengan Bukit Keluang anda dinasihatkan agar mengikut trek yang telah disediakan untuk keselamatan jiwa dan raga anda juga.

SC: Apa tunggu lagi marilah kita beramai-ramai 'hiking' di Bukit Keluang.

1 comment: