Followers

Sunday, January 9, 2011

Combofix.exe Jalan Terakhir Sebelum Format PC


HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia blog Sembang Cerita, satu perisian yang sememangnya amat berguna pada anda semua terutamanya pengguna komputer yang menggunakan peranti Windows.

SC Percaya ramai pengguna komputer di luar sana yang akan mengambil keputusan untuk menformat PC mereka sekiranya Windows PC mereka menghadapi beberapa masalah yang mungkin tidak boleh diselesaikan dengan antivirus biasa. Namun, bagi SC itu bukan satu tindakan yang bijak, malah kelak boleh merugikan pengguna PC tersebut.

Sebenarnya ada satu perisian yang membolehkan kita memperbaiki Windows yang mengalami ganguan yang menyakitkan mata dan menyerabutkan kepala kita. Ia adalah satu perisian yang digunakan di dalam jalan terakhir (last resort) sebelum kita memformat PC kita.

Perisian yang SC maksudkan ialah perisian Combofix.exe, walaubagaimanapun SC tidak pasti siapa yang mencipta perisian ini, namun penggunaanya terhadap PC penulis terbukti keberkesananya.

Contoh Antaramuka Combofix.exe:

Antaramuka Combofix.exe

Pembaca Setia Blog Sembang Cerita Boleh Mendapatkan Combofix.exe DI SINI.

SC: Adalah lebih baik menggunakan Combofix.exe sebelum memutuskan untuk menformat PC anda.

No comments:

Post a Comment