Followers

Saturday, January 29, 2011

Filem Khurafat


HARI Ini SC memilih untuk berkongsi pandangan mengenai sebuah filem yang mendapat sambutan hangat di pawagam kini. Filem yang diarahkan oleh pengarah muda yang bergenre seram ini diberi nama Khurafat terbitan Skop Productions.

Pengarah kepada Filem Khurafat ini ialah Syamsul Yusof iaitu anak kepada Datuk Yusof Haslam yang merupakan pemilik kepada syarikat Skop Productions Sdn Bhd. Kejayaan filem Khurafat memang menjadi perbualan hangat di kalangan peminat layar perak tempatan.

Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof. Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Latif Borgiba dan ramai lagi. Sipnopsis bagi Filem Khurafat boleh dibaca di sini. Filem ini telah ditayangkan di pawagam mulai 13 Januari yang lalu.

Bagi mereka yang belum menonton filem Khurafat silalah tonton trailer khurafat di bawah ini:



Namanya khurafat, ingatlah jangan sesekali kita yang beragama Islam mengamalkan perkara-perkara yang boleh dianggap khurafat. Seram juga filem Khurafat ni jadi jangan tunggu lagi tontonilah Khurafat sekarang....

SC: Ibu mengandung, pesakit jantung jauhi dari menonton filem ini dan kanak-kanak perlu dengan pengawasan ibu-bapa.

No comments:

Post a Comment