Followers

Thursday, January 20, 2011

Hikayat Burung Cenderawasih


TELAH LAMA juga SC tidak berkongsi sesuatu dengan para pembaca setia blog Sembang Cerita, terlebih dahulu SC memohon maaf kerana telah lama tidak berkongsi sesuatu dengan pembaca setia blog Sembang Cerita, ini bukan kerana SC sengaja tidak mahu berkongsi sesuatu tetapi kerana kesibukkan tugas SC. Harap dimaafkan.

Hari ini SC ingin berkongsi dengan semua pembaca setia berkenaan dengan Hikayat Burung Cenderawasih. Ada kepercayaan Melayu Kuno mengaitkan Burung Cenderawasih ini dengan burung yang didatangkan dari Alam Bunian dan yang mengatakan burung ini tidak pernah hinggap dan sentiasa terbang di angkasa biru.

Menurut Wikipedia, Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Berdasarkan Kepercayaan Tahyul masyarakat Melayu

Menurut kepercayaan tahyul, burung Cenderawasih berasal dari dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput. Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.

SC: Kata orang kita boleh sekadar mendengar dan tidak boleh percaya mengenainya kerana ia akan membuatkan kita menjadi syirik.

No comments:

Post a Comment