Followers

Monday, January 31, 2011

Filem Magika


HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog ini sebuah filem yang boleh dikatakan 'meletup' di pawagam, Mungkin agak terlewat sedikit SC membicarakan mengenainya tetapi kata orang "better late than never" jadi penulis memilih hari ini untuk berkongsi buah fikiran mengenai filem terbitan Kru Studio ini.

Filem Magika ini diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan merupakan filem sulung beliau. Filem ini dikategorikan sebagai Filem Muzikal dan dibintangi oleh Diana Daniele, Mawi, Ziana Zain, M.Nasir, Ning Baizura, Nabil, Saiful Apek Senario dan Fimie Don (pelakon kanak-kanak).

Sepintas lalu mengenai filem magika ini mengisahkan dua beradik yang menemui sebuah alam fantasi berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan lagenda Melayu ternama. Kos bagi filem ini menelan belanja RM2.40 Juta, mula ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.

Trailer Filem Magika:


SC: Memang menarik filem Magika ini, walaupun ianya karya sulung Edry Abdul Halim, Magika memang best. Kalau masih menonton filem ini, tontonilah sekarang......asal kita sentiasa happy.

No comments:

Post a Comment