Followers

Tuesday, August 23, 2011

Pangeranku Band - Tanpamu aku lemah


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah muzik video Band Kanak-Kanak dari Indonesia, Band tersebut lebih dikenali dengan nama Pangeranku Band. Apa yang menarik band ini dianggotai oleh kanak-kanak.

SC rasa di Malaysia susah nak cari band kanak-kanak seperti ini, tetapi di Indonesia ada band seperti ini. Teringat SC masa kumpulan Kristal mula-mula menjejakkan kaki ke arena muzik tanah air kita, pada waktu itu mereka masih kanak-kanak, lihat sampai sekarang mereka masih bertapak di dalam arena muzik tanah air.

SC memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan bersama lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Pangeranku Band ini kerana ada beberapa masalah teknikal. Sebelum SC terlupa, tajuk lagu yang dibawakan oleh Pangeranku Band ini ialah Tanpa Mu Aku Lemah.

Pangeranku - Tanpa Mu AKu Lemah


SC: Best juga lagu Tanpa Mu Aku Lemah yang dibawakan oleh Pangeranku Band ini, rugi korang tak dengar.

Monday, August 22, 2011

Warrior Movie / Filem Warrior (2011)


HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua info tentang sebuah filem baru yang bakal menemui anda di pawagam berhampiran. Filem tersebut dikenali dengan nama Warrior. Sebagai mengucapkan terima kasih ke atas sokongan korang semua SC kongsikan info tentang filem ini seperti mana di bawah ini:

Nama Filem: Warrior

Sinopsis Warrior:

Hardy merupakan anak bongsu kepada bekas peninju alkohol pulang ke rumah di mana dia dilatih oleh bapanya untuk persaingan dalam kejohanan seni mempertahankan diri bercampur di mana lawanya adalah abangnya sendiri.

Dua saudara menghadapi perjuangan seumur hidup dan keluarga mereka berpecah, dalam dunia yang kejam Mixed Martial Art (MMA), yang berjuang pada tindakan di dalam drama Pahlawan Lion's Gate, seorang bekas marin yang dihantui oleh masa lalu yang tragik, Tommy Riordan, kembali ke kampung halamanya di Pittsburgh dan Enlist bapanya pulih dari ketagih arak, dan merupakan bekas jurulatih, menjadi jurulatih untuk melatih dia untuk kejohanan MMA tidak dapat hidup sebagai guru sekolah awam, kembali ke gelanggang amatur untuk mendapatkan peruntukkan bagi keluarganya di dalam sebuah perlawanan yang menawarkan ganjaran yang terbesar dalam sejarah MMA. Sebagai Tomy Blazes yang memilih jalan yang ganas ke arah memenangi hadiah. Walaupun beberapa tahun telah berlalu, tuduh menuduh dan pengkhianatan yang lalu Brendan menjadi asing dengan Tommy serta bapanya.

Tetapi Brendan tidak seperti seorang pemain underdog dan tidak mungkin Brendan akan tewas dengan Tommy, kedua-dua beradik itu akhirnya perlu berdepan dengan kuasa-kuasa yang mampu melunyaikan mereka selain mengutarakan yang paling hebat , pemenang mengambil semua pertempuran dalam hidup mereka.

Untuk memudahkan korang semua SC sertakan juga sipnopsis dalam bahasa inggeris sepertimana di bawah ini:

Warrior (2011) Sypnopsis

An ex-Marine haunted by a tragic past, Tommy Riordan (Hardy) returns to his hometown of Pittsburgh and enlists his father (Nolte), a recovered alcoholic and his former coach, to train him for an MMA tournament awarding the biggest purse in the history of the sport. As Tommy blazes a violent path towards the title prize, his brother, Brendan (Edgerton), a former MMA fighter unable to make ends meet as a public school teacher, returns to the amateur ring to provide for his family. Even though years have passed, recriminations and past betrayals keep Brendan bitterly estranged from both Tommy and his father.

But when Brendan’s unlikely rise as an underdog sets him on a collision course with Tommy, the two brothers must finally confront the forces that tore them apart, all the while waging the most intense, winner-takes-all battle of their lives.

Trailer Warrior (2011) / Warrior (2011) Trailer




SC: Best jugaklah cerita ni, jadi apa tunggu lagi.....

Sunday, August 21, 2011

RYL 2 Down Of Ages (DOA)


ARTIKEL SC pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan korang semua sebuah permainan komputer atas talian (online computer games) khas untuk korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita.

Nama penuh permainan komputer ini ialah Risk Your Life 2: Down of Ages (RYL2 DOA). Permainan ini memerlukan korang semua mendaftarkan akaun secara percuma di sini. Selain itu anda juga perlu memuat turun game client permainan komputer ini. Game Client permainan komputer ini boleh dimuat turun di sini.

Permainan komputer ini memang sesuai dimainkan oleh mereka-mereka yang meminati permainan komputer terutama yang suka mengadap komputer 24 jam kerana permainan ini memang mengasyikkan.

Setiap hari pemain baru RYL2 DOA ini terus bertambah, dan ia terus mendapat sambutan hangat, jadi anda bila lagi nak memulakan pengembaraan yang mengasyikkan dengan RYL2 DOA ini.

Sebagai pengetahuan korang semua RYL 2 DOA ini merupakan platform RYL yang menggunakan private server dan ia bukanlah official server. Korang juga diberi peluang untuk membeli beberapa item untuk permainan ini. Item boleh dibeli di sini.

Walaubagaimapun permainan ini adalah percuma untuk dimainkan, jadi bagi mereka yang kurang berkemampuan usah bimbang mereka juga dapat bermain permainan komputer atas talian ini.



SC: Memang best game ni, rugilah korang tak main...jadi apa tunggu lagi....

Wednesday, August 17, 2011

Pulut Lepa / Pulut Panggang


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang mungkin juga diminati ramai terutamanya orang Kelantan dan Terengganu. Kuih ini dikenali dengan nama Pulut Lepa, ia juga kadang-kadang dikenali dengan nama Pulut Panggang.

SC memang suka makan Pulut Lepa a.k.a Pulut Panggang ini, memang bestlah orang kata sehingga menjilat jari. SC tak tahulah pulak korang camner, tapi kalau korang belum cuba eloklah korang cuba pasti korang tak akan menyesal....

Bercakap pasal Pulut Lepa SC rasa adalah elok untuk SC kongsikan Resepi untuk membuat Pulut Lepa ini khas untuk pembaca setia blog Sembang Cerita. Bagi mereka-mereka yang nak resepi Pulut Lepa boleh lah dapatkan di bawah ini:

Resipi Pulut Lepa/Pulut Panggang

Bahan:
300 g pulut, direndam semalaman
125 ml santan (dari 1 kelapa)
sedikit garam
10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
20-24 batang lidi (pencucuk)

Bahan Inti:
400 g ikan kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
4 biji bawang merah, dicincang halus
½ kelapa parut putih
200 ml santan (1/2 kelapa)
1/2 kpg asam gelugur (kecil)
½ camt serbuk lada hitam
½ camt gula
sedikit garam

Cara-cara:
1. Jerang pulut, santan dan garam di dalam periuk tidak melekat.
2. Pastikan api perlahan dan kacau sekali-sekala hingga kering.
3. Tutup periuk, perlahankan ke tahap minima dan masak 10 min lagi.
4. Bila pulut masak, gemburkan dengan garfu (boleh kukus pulut, jika mahu).
5. Ambik pulut sket, uli panjang cam kopok lekor
6. Then tekan sampai nipis dan masukkan inti dia kat tengah
7. Tutup balik cantik-cantik. Pastu bungkus ngan daun pisang

Untuk inti:
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk. Jika tidak suka masam, tidak perlu memasukkan asam gelugur



SC: Pulut Lepa memang best rugi kalau korang tak try....apa tunggu lagi trylah sekarang...

Tuesday, August 16, 2011

Filem Momok Jangan Panggil Aku


FILEM yang menjadi pilihan SC pada kali ini untuk dikongsi dengan korang semua ialah filem Momok Jangan Panggil Aku. SC telah pun menonton filem ini, boleh dikatakan SC berpuas hati dengan apa yang cuba diberikan oleh filem ini.

Filem ini lahir dalam genre seram mungkin juga seram komedi, walau bagaimanapun klimaks seram itu wujud dalam filem ini walaupun ia seram komedi. Keseluruhan filem ini bagi SC tidak membosankan dan penonton sentiasa ternanti-nantikan bilakah persoalan-persoalan yang bermain di kepala mereka akan terjawab.

Sipnopsis Filem Momok Jangan Panggil Aku

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku....

Trailer Momok Jangan Panggil Aku



SC: Best juga filem ni, ada seram, ada lucu, tidak membosankan rugi korang tak tengok.....

Sunday, August 14, 2011

Motorola Defy


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah model telefon bimbit keluaran Motorola iaitu Motorola Defy. Canggih juga Motorola Defy ini tapi tak tahulah SC mampu ke tak untuk membelinya hidup sekarang ni pun cukup-cukup makan je.

Spesifikasi Motorola Defy

Spesifikasi Am

Rangkaian 2G : GSM 850 /900 / 1800 / 1900
Rangkaian 3G: HSDPA 900 /2100, HSDPA 1700 / 2100, atau HSDPA 850/1900
Diumumkan: September 2010
Status: Boleh didapati, dilancarkan pada Oktober 2010

Spesifikasi Saiz

Dimensi: 107 x 59 x 13.4 mm
Berat: 118 g

Spesifikasi Paparan

Jenis Paparan: Skrin Sentuh TFT Capacitive, 16 Colors
Saiz Skrin: 480 x 854 pixel, 3.7 inci
- Gorilla Glass display
- Touch sensitive controls
- MOTOBLUR UI with Live Widgets
- Multi-touch input method
- Accelerometer sensor for UI auto-rotate
- Proximity sensor for auto turn-off

Spesifikasi Bunyi:
Jenis: Vibration; MP3, WAV ringtones
Pembesar Suara: Ya,
Jack 3.5mm: Ya, Semak Kualiti

Spesifikasi Memori:

Buku Telefon: Entri tanpa had yang praktikal,
Rekod Panggilan: Tanpa had yang praktikal
Memori Dalaman: Storan 2GB, 512MB Ram
Slot Kad Memori: MicroSD sehingga 32GB

Spesifikasi Data:

GPRS: Class 12 (4+1/3+2/2+3/1+4 slots), 32 - 48 kbps
EDGE: Class 12
3G: HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLAN: Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot (Android 2.2)
Bluetooth: ya, v2.1 dengan A2DP
Sambungan Infrared: Tiada
USB: Ya, MicroUSB v2.0

Spesifikasi Kamera:

Utama: 5 MP, 2592Ñ…1944 pixels, autofocus, LED flash, Semak Kualiti
Ciri-Ciri: Geo-tagging, image stabilization
Video: Ya, VGA@30 fps
Sekunder: Tiada

Spesifikasi Ciri-Ciri:

OS: Android OS, v2.1 (Eclair), upgradable to v2.2
CPU: 800MHz Cortex-A8 processor, TI OMAP3610 chipset
Messaging: SMS (threaded view), MMS, Email, IM, Push Email
Pelayar Web: HTML
Radio: Stereo FM radio with RDS
Games: Ya, Boleh dimuat turun
Warna: Hitam dan Putih
GPS: Ya, dengan bantuan A-GPS
JAVA: Ya, MIDP Emulator
- Dustproof and water-resistant
- Digital compass
- MP3/WAV/WMA/AAC+ player
- MP4/WMV/H.263/H.264 player
- Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Google Talk
- Facebook, Twitter, MySpace integration
- Document viewer
- Flash Lite
- Photo viewer/editor
- Organizer
- Voice memo/dial/commands
- Active noise cancellation with dedicated mic
- Predictive text input

Spesifikasi Bateri:
Bateri Biasa, Li-Po 1540 mAh
Masa Tersedia: Sehingga 238 jam
Masa Bercakap: Sehingga 6 Jam 45 Minit

Harga Pasaran: Tidak di dapati

Video Review Motorola Defy



SC: Wow! memang mengancam Motorola Defy ni....tapi bila entah boleh pakai entah....

Friday, August 12, 2011

Aishiteru (Menunggu) - Zivilia Band


HARI ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua sebuah muzik video yang bertajuk Aishiteru (Menunggu) nyanyian Zivilia Band untuk tatapan dan hiburan korang semua pembaca setia blog Sembang Cerita.

Daripada apa yang SC dengar lagu ini memang sedap dan menarik, walaupun ada isu yang timbul berkaitan dengan lagu ini. Namun, bagi SC lagu ini memang best dan sungguh sedap dan marilah sama-sama kita layan lagu ni.
Aishiteru (Menunggu) - Zivilia Band



Bagi korang yang nak lirik lagu Aishiteru bolehlah dapatkan di bawah ini:

Lirik Aishiteru (Menunggu) - Zivilia Band


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

SC: Memang best lagu ni rugi kalau korang tak dengar.

Tuesday, August 9, 2011

KL Gangster


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah filem yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini. Filem tersebut adalah KL Gangster, filem ini dikategorikan filem aksi.

SC telah pun menonton filem tersebut ternyata filem yang dimaksudkan ini sarat dengan aksi-aksi dan boleh dikatakan hampir setaraf dengan filem aksi yang berasal daripada barat. Filem ini bukan sahaja menarik minat golongan dewasa malah ia turut menarik minat golongan remaja dan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun filem ini dilanda kontroversi apabila ia menimbulkan salah faham antara Skop Productions dengan PEKIDA, namun kontroversi tersebut akhirnya dapat diselesaikan secara aman antara pihak Skop Productions dengan PEKIDA.

Apabila kontroversi itu selesai, terdengar pula ura-ura mengatakan bahawa KL Gangster ada kesinambunganya dalam filem KL Gangster yang akan datang, dengar khabar juga filem KL Gangster yang akan datang akan turut dibintangi oleh Rosyam Nor. Menarik juga bunyinya ni.

Video Trailer KL Gangster



SC: Bagi yang belum menonton KL Gangster tontonilah sekarang....

Monday, August 8, 2011

Kuih Jala Emas


APABILA kita berada di bulan puasa ini adalah tidak sah kalau kita tidak bercakap mengenai Juadah Berbuka Puasa. Oleh yang demikian pada kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan korang semua sejenis kuih yang dijadikan juadah untuk berbuka puasa. Kuih ini lebih dikenali dengan nama Jala Emas.

Jala Emas adalah sejenis kuih yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim. Jala Emas boleh dikategorikan sebagai Kuih Tradisional, walau bagaimanapun Jala Emas terdapat dalam versi yang berbeza mengikut kawasan mereka yang membuat kuih tersebut.

Sebagai Contoh kalau di Kelantan pembuat Jala Emas biasanya akan membuat Jala Emas yang lebih manis rasanya, lain pula di Besut, Terengganu pembuat Jala Emas di daerah ini biasanya membuat Jala Emas yang tidak lah begitu manis seperti Jala Emas Kelantan.

SC rasa tidak salah kalau SC kongsikan sedikit resipi untuk membuat Jala Emas, Resipi untuk membuat Jala Emas adalah sepertimana di bawah ini:

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
15 Biji Telur Ayam, Ambil Telur Kuning Sahaja
400g Gula Halus (Boleh dikurangkan Jika Suka Kurang Manis)
2/3 Helain Daun Pandan
4 Cawan Air dan Daun Pisang untuk dibuat corong

Cara Penyediaan:

Tapis kuning telur dan pukul sedikit Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut. Angkat dan ’tos’kan. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu. Hidangkan p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

SC: Semoga Resipi ini bakal menjadi panduan buat korang semua, Selamat Berbuka Puasa...

Sunday, August 7, 2011

CCleaner


PADA KALI ini SC ingin berkongsi dengan para pembaca setia mahupun pembaca baru blog Sembang Cerita sebuah perisian yang amat berguna untuk komputer /PC korang semua. Perisian/software tersebut dikenali dengan nama CC Cleaner.

Di mana fungsi perisian ini ialah memadam mana-mana data yang dirasakan tidak perlu bagi melancarkan lagi sistem operasi komputer anda semua. Anda semua jangan risau proses yang digunakan semasa memadam tidak akan menganggu atau menyebabkan kerosakkan kepada sistem operasi komputer anda kerana proses tersebut diadakan secara selamat.

Selain itu, perisian CC Cleaner ini juga mampu membantu anda untuk membaikpulih sistem Registry Windows komputer anda. Fungsi Registry Cleaner yang disediakan oleh CC Cleaner akan melancarkan lagi perjalanan sistem operasi komputer anda.

Bagi mereka yang mahu penerangan video boleh menontonya di bawah ini:


Bagi yang sudah berpuas hati dengan penerangan yang ditunjukkan di dalam video tersebut bolehlah Muat Turun CCleaner sekarang.

SC: Apa lagi kepada pemilik-pemilik komputer di luar sana jangan tunggu lama-lama muat turunlah perisian ini dengan seberapa segera.

Saturday, August 6, 2011

Animasi Dikir Besut

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia SC ucapkan kepada semua pembaca terutamanya pembaca setia blog Sembang Cerita. Terima kasih kerana terus menjadi pembaca setia blog Sembang Cerita.

Dalam artikel kali ini SC ingin berkongsi dengan korang semua sebuah animasi yang dikenali dengan nama Animasi Dikir Besut. Animasi Dikir Besut ini rentetan daripada sebuah persembahan Dikir Barat yang diadadakan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, apa yang menariknya dalam dikir tersebut ia menampilkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan Mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Kali ini Dikir Besut itu diterbitkan dalam bentuk Animasi dan menjadikan lagu Dikir Besut tersebut bertambah Kreatif. Bagi pembaca yang tak sabar-sabar untuk menonton Video Animasi Dikir Besut bolehlah menontonya di bawah ini:

Video Animasi Dikir Besut


Semoga korang semua terhibur dengan apa yang SC kongsikan dengan korang semua ini. Sementara itu SC nak ucapkan Majulah Dikir Barat untuk negara.

SC: Tontonlah video ini sepuas hati korang, kalau boleh hafal lirik sekali hahaha

Friday, August 5, 2011

Command Conquer Red Alert 3


HARI ini SC ingin berkongsi dengan korang semua satu permainan komputer atau dalam Bahasa Inggerisnya Computer Games dalam kategori Strategi atau dalam Bahasa Inggerisnya Strategy . Permainan tersebut ialah Command & Conquere Red Alert 3.

Permainan ini memang sesuai kepada peminat-peminat Permainan Komputer dalam kategori Strategi. Dari hari ke hari semakin bertambah individu yang bermain permainan ini. SC sendiri memang amat meminati permainan komputer yang bercorak strategi ini.

Tambahan pula, sekarang ini bulan puasa jadi sekiranya tak ada kerja lain, bermainan permainan ini menjadi pilihan hati penulis sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa. Hari ini SC ingin mengulas sedikit berkenaan dengan permainan komputer ini.

Terlebih dahulu SC ingin terangkan Keperluan Asas Sistem untuk membolehkan pemain bermain dengan permainan komputer ini. Minimum System Requirement game tersebut adalah:

OS - Windows XP / Vista (32 Bit)
CPU: 2.0++ (Intel Pentium 4 / AMD Athlon 2000+; Multiple Core)
RAM: 1.0 GB ++
DVD Drive: 8 Speed

Display:
NVIDIA GeForce 6800, ATI Radeon X1800 or higher end DirectX 9.0c compatible gfx card

Maklumat lanjut sila layari http://www.strategyinformer.com/news/1808/red-alert-3-system-requirements

Video Red Alert 3


SC: Permainan/Game ini memang sesuai untuk dimainkan sementara menunggu waktu berbuka puasa itupun sekiranya tak ada kerja lain nak buat.