FILEM Libas menjadi pilihan SC untuk dijadikan artikel blog SC pada kali ini, SC merasakan ia sangat sesuai untuk dikongsikan dengan korang semua. Filem Libas ini merupakan filem Melayu dan memang sesuailah kepada peminat-peminat filem Melayu.
Antara pelakon-pelakon yang membarisi watak-watak dalam filem Libas adalah Rosyam Noor, Scha, Beego dan Mohd Razib. Ini sudah bagus lagipun lama juga kita tak dapat lihat Rosyam Noor beraksi ini mungkin peluang kita untuk melihat Rosyam Noor kembali beraksi.
SIPNOPSIS FILEM LIBAS
Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw
(Libas), sehingga dia di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan
libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari
pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan
mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah
mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan
itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia
(Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu
terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali
kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut
menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih
sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.
Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki
Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari
selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih
sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah
kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini
adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di
warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu.
Seandainya
kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan
menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan
bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan
merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah
waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan
itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang
mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa
mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan
tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol
dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.
Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru
bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil
dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan
pasukan yang baru. Namun , demi mempertahankan maruah, tradisi dan
keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja
libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut
jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas,
seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di
pegang oleh pewarisnya sahaja.
Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi
mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung
harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan
yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi
duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak
nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada
thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah
di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas
mementingkan bola warisan lebih daripadanya.
Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan
seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya
itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan
hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk
bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu.
Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak
raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah
mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari
di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya
hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus
mempertahankan maruah negara dalam permainan itu.
Bagi raja libas dia
harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu.
Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola.
Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan,
libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai
kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan
sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar
tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.
Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat,
Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala
pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya
tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat
mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas
resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga,
mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas
bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia.
Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan
Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan
Iraq.
Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon
bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak
Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat
simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir
antara Malaysia dan Thailand.
Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan
Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas
melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan.
Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari
kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola
warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja
libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di
bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja
libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil
melaung “Malaysia juara”. Raja libas melihat pewaris kepada bola
warisan.
Trailer Filem Libas
SC: Mari sama-sama kita melibas dengan filem Libas.....