PADA pukul 2.22 petang kelmarin yakni (20 Ogos 2013) berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas di Genting Highland. Bas tersebut dilaporkan telah terjunam ke dalam gaung setinggi 50-60 meter. Oleh yang demikian hari ini SC mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua beberapa maklumat yang SC ketahui mengenai insiden tersebut dan juga gambar-gambar di lokasi kejadian.
Menurut blog Suffer8zine beliau mengariskan beberapa fakta mengenai insiden tersebut. Antara fakta-fakta sebenar mengenai kemalangan tersebut adalah sepertimana di bawah ini:
- Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas ini.
- Bas tersebut dinaiki 53 orang dan bukan 49 orang.
- Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.
- Bas tersebut terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands lebih kurang pukul 2.45 petang (21/08).
- Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (8 orang), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (5 orang), Hospital Sungai Buloh (2 orang) dan Hospital Bentong (1 orang).
- Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam (21/08).
- 37 yang terkorban ialah 25 lelaki dan 12 perempuan.
- Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.
- Punca sebenar kemalangan masih belum didedahkan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung.
- Laporan media juga menyebut tiket yang terjual hanya 48 keping namun penumpang yang menaiki bas tersebut lebih lebih dari itu.
Gambar-Gambar di Lokasi Kejadian adalah sepertimana di bawah ini: