Followers

Sunday, July 31, 2011

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

ALHAMDULLILAH akhirnya kita bertemu di bulan yang penuh keberkatan dan seribu rahmat ini setelah SC sekian lama tidak dapat mengemaskini blog milik SC kerana sibuk dengan tugas-tugas harian SC yang semakin hari semakin menimbun tugasanya.

SC bersyukur ke hadrat Ilahi kerana SC diberi kesempatan untuk mengemaskini blog milik SC pada bagi bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Semalam juga SC berkesempatan menunanaikan Solat Sunat Terawikh berjemaah di Masjid Al-Quddus, Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan.

SC berdoa agar SC diberi kesempatan untuk menyempurnakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan dan terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan Ibadah ini. Hari ini adalah hari pertama umat-umat Islam di seluruh Malaysia menunaikan Ibadah Puasa.

Bercakap mengenai Ibadah Puasa SC ingin berkongsi dengan korang semua iaitu satu video niat Puasa mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua pembaca setia mahupun pembaca baru blog SC ini.

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan




SC sebenarnya baru selesai bersahur, Kali ini menu sahur SC ialah Maggi Goreng apa nak buat inilah nasib berpuasa di negeri orang. Waktu berbuka karang tak tahu lagi berbuka dengan apa.

Sebut kata berbuka, SC ingin berkongsi dengan korang semua satu video doa berbuka puasa untuk amalan korang semua setiap kali berbuka puasa.


Doa Berbuka Puasa

SC: SC berharap pada Ramadhan tahun ini SC berkemampuan untuk menyempurnakan sebagaimana Ramadhan tahun-tahun yang lalu.

Tuesday, July 19, 2011

Proton Inspira

HARI INI SC nak berkongsi dengan pembaca setia sekalian berkenaan dengan sebuah kereta keluaran Proton yang kini sudah menjadi kegilaan ramai iaitu Proton Inspira. Secara jujurnya dari segi rekabentuk kereta ini ia hampir menyerupai kereta Mitsubishi Lancer Evolution.

Mungkin dengan kehadiran model keluaran Proton ini, akan membuka ruang kepada di mana kereta impianya adalah Mitsubishi Lancer Evolution yang kurang dari segi kemampuan kewanganya untuk mendapatkan Proton Inspira yang hampir-hampir seiras dengan Mitsubishi Lancer Evolution.

SC percaya di luar sana terdapat ramai yang meminati kereta Mitsubishi Lancer Evolution ini. Jadi amatlah berbaloi sekiranya mereka kurang dari segi kemampuan kewangan untuk memiliki Proton Inspira dengan kata lain Proton Inspira adalah alternatif kepada Mitsubishi Lancer Evolution.

Berikut adalah spesifikasi Proton Inspira:

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga cadangan : RM 79,xxx.xx

4B11

Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx

Di bawah ini pula adalah gambar-gambar yang berkaitan dengan Proton Inspira:

Starflower


Starflower


Starflower


Berikut Pula Video Mengenai Proton Inspira:

SC: Apa tunggu lagi dapatkan sebuah Proton Inspira di Pasaran sekarang.

Wednesday, July 13, 2011

Basikal Fixie / Fixie Bikes


TELAH LAMA SC tidak dapat mengemaskini blog SC ini kerana SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas penting SC yang menjadi rutin harian penulis secara kebetulan hari SC mempunyai masa terluang untuk mengemaskini blog milik SC jadi SC tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengemaskini blog milik SC ini.

HARI INI SC memilih untuk bercerita mengenai satu trend baru yang melanda tanah air kita iaitu tren berbasikal menggunakan sejenis basikal yang dikenali dengan nama "Fixie Bike". Hari ini remaja kita semakin ramai yang tergil-gilakan basikal yang berasal daripada Jepun ini.

Begitulah orang kita sentiasa suka meniru, mengikut maklumat yang SC terima basikal-basikal Fixie ini harganya bermula daripada RM280 dan hingga ada yang mencecah ribuan ringgit, jadi terpulang kepada peminat basikal ini untuk memilih basikal daripada kategori harga mana bergantung di atas kemampuan masing-masing.

Video Fixie Bike
SC: Marilah bersama-sama kita teruskan kayuhan kita hingga garisan penamat lets go....

Sunday, April 10, 2011

Cinta Kosmik - Fabulous Cats

HARI ini SC memilih untuk berkongsi sebuah lagu terbaru dari kumpulan Fabulous Cats iaitu Cinta Kosmik. Lagu ini semakin mendapat tempat di kebanyakkan corong-corong radio tempatan. Lagu yang berentak rancak ini ternyata menarik minat kebanyakkan muda-mudi untuk mendengarnya.

Kebetulan pula Fabulous Cats bukan calanhg-calang kumpulan muzik. Hebat jugalah kumpulan muzik yang berasal daripada Malaysia ni.

Cinta Kosmik - Fabulous Cats
Ciptaan: Adeep Nahar/Cat Farish



Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

Lakaran topeng cinta kau sarungkan untukku
Duniaku mula berubah satu demi persatu

Chorus
Kau kan ku angkatmu
Kau cinta kosmikku
Bersatu dalam ritma atmosferaku
Tunjukkan aku cinta kosmikmu
Merentasi semesta awan nan biru
Awan nan biru
Dah kulayarkan terbang dalam khayalan (2 kali)
Kan ku selongkar peti emas cinta yang kau berikan padaku
Ku nakhodakan armada sutera penghias awanmu

Ulang Chorus

Ku bentangkan permaidani kaca untuk kau titi ke hatiku
Ku tuliskan syair-syair cinta untuk kau lagukan untukku
Ku binakan istana air yang sebening embun
Ku hadiahkan obor-obor cinta peneman malammu

(Rap)
Segala deria
Fenomena
Bila tersentuh
Naluri runtuh
Nyalakan chi lagaan kornea
Nyawa memesong rongga-rongga longgar
Pujangga sutradara manual
Kosmikal cinta spiritual
Hadirmu tak perlu dikomen
Sedikit pun tak ubah halamu
Penjuru bucu bertemukan kaku
Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

SC: Semoga anda semua terhibur dengan lagu ini. Hiburan adalah sebahagian daripada hidup.
Enhanced by Zemanta

Monday, April 4, 2011

MAT Automaton 1.0.0.7

TELAH lama juga SC tidak berkongsi sesuatu dengan pembaca setia blog SC ini, maaf dipinta ini berlaku bukan kerana SC sengaja tidak mahu berkongsi tetapi sejak kebelakanga ini SC terlalu sibuk dengan tugas-tugas SC. Secara tidak sengaja hari ini SC mempunyai masa terluang jadi SC mengambil keputusan untuk berkongsi Hack Tools untuk permainan Mission Against Terror atau perisian tersebut dikenali dengan nama MAT Automaton versi 1.0.0.7.

Perlu diingatkan bahawa perisian ini adalah percuma, dan jangan sesekali membeli dengan seseorang kerana perisian ini adalah berstatus freeware, sekiranya anda ada membeli dengan sesiapa minta balik duit dengan orang yang anda beli itu.

Sebelum menggunakan perisian ini SC ingin ingatkan semua bahawa SC tidak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku ke atas komputer anda selepas menggunakan perisian ini, namun apa yang SC tahu SC telah menggunakan perisian ini dan tiada masalah yang menimpa kepada komputer SC.

Perlu diingatkan di sini, perisian dan link download perisian ini bukanlah milik SC sebaliknya apa yang SC dapat daripada internet harap maklum. Setakat ini perisian MAT Automaton Versi 1.0.0.7 tidak dapat disekat oleh sistem antihack MAT Online, walaubagaimanapun SC tidak dapat memberi jaminan adakah ia dapat disekat oleh sistem antihack MAT Online di masa-masa akan datang.

Download perisian ini sekarang di http://sharecash.org/download.php?file=1857611

SC: Selamat menggunakan hack semua, kalau nak main tipu berpada-padalah kesian kat orang sikit.

Friday, March 25, 2011

Gadis Cuba Bunuh Diri di KB MALL

HARI ini SC ingin berkongsi dengan pembaca setia blog SC daripada seantero dunia sebuah video cubaan seorang gadis untuk membunuh diri di salah sebuah Pusat Membeli Belah terkemuka di Kota Bharu Kelantan.

Pusat membeli belah tersebut dikenali dengan nama KB MALL. Kejadian ini baru sahaja berlaku kelmarin 24 Mac 2011 dan berita mengenai telah disiarkan di akhbar Harian Metro 25 Mac 2011. Inilah dunia semakin hari semakin tragis, macam-macam perkara tak masuk akal berlaku sejak akhir-akhir ini.

Video tersebut boleh di tonton oleh semua pembaca di bawah ini:

Video Gadis Cuba Membunuh Diri Di KB MALL

Inilah lumrah dunia, macam-macam perkara aneh terjadi sejak akhir-akhir ini. Paling memeranjatkan kejadian ini berlaku di sebuah bandaraya yang turut dikenali dengan jolokkan Bandara Raya Islam.

Sekarang ini timbul persoalan, adakah semakin hari semakin bertambah manusia yang tidak cukup dari segi mental dan bilangan pesakit mental semakin bertambah dari hari ke sehari

SC: Inilah dia....manusia semakin hari semakin hilang pertimbangan akal yang waras.

Monday, March 21, 2011

Iklan Kereta Kelakar

TERLEBIH dahulu SC ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia blog SC, terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog SC. Sumbangan anda semua amatlah SC hargai kerana tiada maknanya Blog tanpa pembaca setia seperti anda.

Hari ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua satu video Iklan Kereta yang amat lucu lagi melawakkan dan mungkin boleh membuatkan korang semua tak kering gusi menontonya. Jadikan video ini sekadar hiburan dan jangan sesekali meniru aksi yang ditunjukkan dalam video ini bak kata orang putih "Don't Try This At Home.

SC berharap video ini akan mampu membuat anda semua pembaca setia blog SC ketawa terbahak-bahak mahupun ketawa berdekah-dekah. Itulah hakikatnya. Tontonilah video Iklan Kereta Kelakar di bawah ini:



SC: Inilah yang baru boleh dinamakan iklan, tidak seperti kebanyakkan iklan yang ada.